Kepada pelajar atau student universiti yang ingin dapatkan laptop baru. Anda boleh dapatkan senarai disini 5 laptop terbaik bawah RM2000 untuk tahun 2026. Laptop yang pastinya akan memudahkan kerja dan urusan pembelajaran anda kelak.
Sekarang laptop sepertinya bukan lagi kemahuan semata-mata, ianya sudah menjadi keperluan bagi seorang pelajar universiti. Rata-rata pensyarah akan memberi tugasan assignment dalam bentuk soft copy dan perlu disiapkan menggunakan komputer atau laptop.
Tetapi sebagai seorang student, pastinya bajet untuk dapatkan sebuah laptop itu terhad, lagi-lagi ingin dapatkan sebuah laptop terbaik bagi urusan pembelajaran. Dengan bajet RM2000, sebenarnya anda boleh dapatkan laptop yang sangat elok dan sesuai untuk pelajar.
Anda boleh buat assignment, anda boleh buat presentation, guna software ringan dan tidak terlalu berat. Mungkin juga dengan laptop ini anda boleh hilangkan bosan sebentar dengan menonton movie atau bermain game ringan.
BACA JUGA : Cara Install Tulisan Jawi Di Laptop
Jadi untuk anda yang sedang mencari sebuah laptop bagi kegunaan harian sebagai student atau tugasan harian sekali pun, anda boleh tengok sini 5 laptop terbaik bawah RM2000 bagi tahun 2026 ini.
Contents
5 Laptop Terbaik Bawak RM2000 Sesuai Untuk Student Universiti
Laptop yang terbaik dengan bajet RM2,000 adalah mempunyai processor yang baik sekurang-kurangnya Intel Core i3, RAM minima 4GB DDR4 serta memori menggunakan jenis SDD.
1. Dell Latitude 5420

Dell Latitude 5420 merupakan pilihan terbaik untuk pelajar universiti yang mahukan prestasi pantas dan mudah dibawa ke mana-mana.
Gabungan Intel Core i5 generasi ke-11, RAM 16GB dan SSD 256GB membolehkan tugasan harian berjalan lancar, manakala berat hanya 1.2kg serta waranti 3 tahun memberikan nilai yang sangat berbaloi.
Processor : Intel Core i5 11th Generation | Skrin : 14-inci | Graphics : Intel Iris Graphics | RAM : 16GB | Memori : 256GB SSD| Bateri : Sehingga 6 Jam | Jenis Laptop : Ultrabook | Berat : 1.2kg | Warranti : 3 Tahun
2. HP EliteBook 840 G8

HP EliteBook 850 menawarkan prestasi yang mantap untuk pembelajaran, tugasan dan kelas dalam talian. Dilengkapi Intel Core i5 generasi ke-11, RAM 16GB serta SSD 512GB yang luas, laptop ini turut mempunyai papan kekunci bercahaya (backlit keyboard) yang memudahkan penggunaan dalam persekitaran kurang cahaya.
Processor : Intel Core i5 11th Generation | Skrin : 14-inci | Graphics : Intel Iris Graphics | RAM : 16GB | Memori : 512GB SSD | Bateri : Sehingga 5 Jam | Warranti : 12 bulan | Ciri Lain : Backlit Keyboard
3. Asus VivoBook Go 14

Asus VivoBook Go 14 sesuai untuk pelajar yang mencari laptop moden dengan harga mampu milik. Dikuasakan pemproses AMD Ryzen 3 bersama RAM 8GB dan SSD 512GB, ia mampu mengendalikan tugasan universiti, penyemakan dokumen serta pembelajaran dalam talian dengan lancar dan responsif.
Processor : AMD Ryzen™ 3 | Skrin : 14-inci | Graphics : AMD Radeon™ Graphics | RAM : 8GB | Memori : 512GB SSD | Bateri : 42WHrs, 3-cell Li-ion | Warranti : 2 Tahun
4. Acer Aspire 5

Acer Aspire 5 hadir dengan skrin 15.6 inci yang lebih besar, sesuai untuk pelajar yang kerap membuat tugasan, pembentangan dan menonton video pembelajaran. Pemproses Intel Core i3 generasi ke-11 memberikan prestasi yang memadai untuk kegunaan harian, manakala reka bentuknya kekal praktikal untuk pelbagai keperluan akademik.
Processor : Intel Core i3 11 th Gen| Skrin : 15.6-inci | Graphics : Intel® UHD Graphics | RAM : 4GB | Memori : 128GB SSD | Bateri : Sehingga 5 Jam
5. Lenovo IdeaPad Slim 3

Lenovo IdeaPad Slim 3 menawarkan keseimbangan yang baik antara prestasi dan kapasiti storan. Dengan RAM 8GB dan SSD 512GB, pelajar boleh menyimpan banyak fail tugasan tanpa masalah ruang. Skrin 15.6 inci pula memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih selesa untuk kerja dan hiburan.
Processor : Intel® Core™ i3 | Skrin : 15.6-inci | Graphics : Intel® UHD Graphics | RAM : 8GB | Memori : 512GB SSD | Bateri : 47Wh, 65W Round Tip | Warranti : 2 Tahun









