Johor hari ini menetapkan kadar bayaran Zakat Fitrah bagi negeri itu untuk tahun 2025 iaitu RM7, RM12 dan RM20. Penetapan ini telah dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).
MAINJ telah membuat mengumumkan 3 kadar zakat fitrah bagi tahun ini. Kadar zakat fitrah RM7 untuk umat Islam di Johor yang menggunakan beras jenis Tempatan, RM12 untuk beras import manakala RM20 untuk umat Islam menggunakan beras basmathi atau super wangi.
- RM7
- RM12
- RM20
3 Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah Di Johor Darul Takzim
Melalui 3 kadar Zakat Fitrah iaitu RM7, RM12 dan RM20, umat Islam boleh buat bayaran menerusi 3 cara bermula 1 Ramadan sehingga jam 8 pagi, 1 Syawal. Selain daripada bayaran terus kepada Amil bertauliah yang dilantik dan kaunter Zakat MAINJ, umat Islam di Johor juga boleh buat bayaran secara online.
- Amil Fitrah – Bayaran secara tunai atau tanpa tunai melalui DuitNow QR Code di setiap daerah Negeri Johor
- Pembayaran Secara Online –
- Zakat Johor Online – Menggunakan Fast Pay di https://fitrah.maij.gov.my/ atau E-Payment menerusi https://epayment.maij.gov.my/
- Aplikasi Tulus – Bayar di https://www.bayarzakatjohor.com/ atau di aplikasi Tulus
- Kaunter Zakat MAINJ – Pembayaran boleh dibuat di kaunter zakat MAINJ di setiap daerah, kaunter bergerak, dan kaunter UTC MAINJ (Kotaraya & Pasir Gudang).
Umat Islam di Negeri Johor digalakkan untuk menunaikan zakat fitrah lebih awal bagi memudahkan urusan dan memastikan agihan dapat dilakukan kepada golongan asnaf dengan lebih berkesan.
sumber : Facebook Majlis Agama Islam Johor