Zakat Fitrah 2025 : Kadar Bayaran Setiap Negeri Dan Cara Bayar Secara Online

By Aiman San

Published On:

Follow Us
kadar bayaran zakat fitrah

Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima dan ianya dijawibkan bagi setiap umat Islam. Pada bulan Ramadan, setiap umat Islam diwajibkan untuk lakukan dua ibadah iaitu Berpuasa dan mengeluarkan Zakat Fitrah.

Zakat Fitrah adalah salah satu jenis zakat yang wajib dikeluarkan iaitu pada bulan Ramadan. Ianya perlu dikeluarkan bagi setiap muslim tidak kira hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, kecil atau besar.

Maksud Zakat Fitrah

Zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan.

Perintah menunaikan Zakat Fitrah bermula pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun diwajibkan puasa pada bulan Ramadhan untuk mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna.

Iklan Disini

Selain itu, ianya juga untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).

Siapakah Yang Wajib Membayar Zakat Fitrah

Ianya wajib dikeluarkan oleh setiap umat Islam. Cuma para fuqaha menetapkan yang afdal menunaikan fitrah ialah orang yang wajib atasnya memberi nafkah seperti suami, bapa atau datuk yang menjaga dan membesarkan cucunya.

Secara mudahnya orang yang bertanggungjawab menanggung perbelanjaan dan urusan memberi nafkah keluarga.

Zakat fitrah wajib atas semua individu dari kalangan lelaki, wanita, tua, muda, hamba atau merdeka yang mempunyai lebihan atau cukup perbelanjaan sehingga hari raya.

Anak perempuan yang masih belum berkahwin masih dianggap di bawah tanggungan bapanya. Namun begitu, jika anak perempuan tersebut ingin membayar sendiri zakat fitrahnya maka dia perlu meminta keizinan dari bapanya terlebih dahulu.

Iklan Disini

Waktu Bilakah Zakat Fitrah Perlu Dibayar

Waktu menunaikan Zakat Fitrah kepada 5 iaitu :

  • Waktu Wajib – Apabila terbenam matahari akhir Ramadan sehingga terbit matahari satu Syawal
  • Waktu Afdal – Sebelum sembahyang Hari Raya
  • Waktu Sunat – Sepanjang bulan Ramadan
  • Waktu Makruh – Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal
  • Waktu Haram – Selepas terbenam matahari satu Syawal

Mengikut mazhab Syafie yang digunakan di Malaysia, waktu sunat bayar Zakat Fitrah adalah bermula pada hari pertama Ramadan sehingga sebelum Solat Hari Raya Aidilfitri.

Manakala waktu wajib adalah beremula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan iaitu pada malam raya. Bagi mereka yang menunaikannya selepas Hai Raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera dan pada waktu itu ia dikira sedekah.

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri Bagi Tahun 2025 / 1446 H

Kadar bayaran Zakat Fitrah di Malaysia ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri dan ianya mungkin berbeza-beza bagi setiap negeri di seluruh Malaysia. Dimana anda menetap pada tahun tersebut, anda bayar ikut kadar yang ditetapkan oleh negeri tersebut.

Berikut merupakan kadar bayaran Zakat Fitrah bagi setiap negeri mengikut jenis beras yang digunakan oleh pembayar iaitu anda untuk tahun 2025 bersamaan 1446H

Iklan Disini
  • Johor – RM7 / RM12 / RM20
  • Kedah – RM7 / RM14
  • Kelantan – RM8 / RM14 / RM21
  • Melaka – RM7 / RM15 / RM22
  • Negeri Sembilan – RM7.50 / RM12 / RM22
  • Pahang – RM7 / RM14 / RM21
  • Perak – RM10 / RM16 / RM27
  • Perlis – RM9
  • Pulau Pinang – RM7 / RM10 / RM15 / RM25
  • Selangor – RM7 / RM15 / RM22
  • Sabah – RM7.50
  • Sarawak – RM7.50
  • Terengganu – RM10 / RM21
  • Wilayah Persekutun Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan – RM7 / RM15 / RM22

Jadi sekiranya, sebagai contoh, jika anda di Selangor dan ada isteri serta anak dua orang menjadikan jumlahnya 4 orang termasuk anda, hanya perlukan darabkan sahaja. Kadar bayaran RM7.00 x 4 orang iaitu bersamaan dengan RM28.00.

Bagi negeri yang ada lebih dari 1 kadar, bayaran adalah mengikut jenis beras yang digunakan. Kita digalakkan bayar mengikut majoriti jenis beras yang kita makan. Lebih kurang seperti ini :

  • Tier 1 : Beras Putih (Tempatan/Import)
  • Tier 2 : Beras Wangi, Perang
  • Tier 3: Beras Basmathi, Jepun
jenis beras bayaran zakat fitrah

Cara Untuk Membayar Zakat Fitrah

Terdapat pelbagai cara untuk anda menunaikan Zakat Fitrah. Setiap negeri dan kawasan, biasanya akan adalah lantikan Amil yang bertanggungjawab untuk menerima bayaran tersebut. Kebiasaanya juga akan ada disetiap masjid dan surau.

Jadi tidak perlu bersusah-susah, anda hanya perlu bawa sahaja duit dan terus bayar kepada Amil yang telah dilantik untuk tahun tersebut.

Tetapi kini ada kaedah lebih mudah dimana, anda boleh tunaikan Zakat Fitrah secara online sahaja dengan web atau pautan yang ditetapkan bagi setiap negeri. Jadi yang nak bayar online, boleh tengok senarai portal yang anda boleh gunakan bagi negeri anda seperti dibawah:

Iklan Disini

Johor

Kedah

Kelantan

Melaka

Negeri Sembilan

Iklan Disini

Pahang

Iklan Disini

Perak

Perlis

Pulau Pinang

Selangor

Iklan Disini

Sabah

Sarawak

Terengganu

Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan)

Membayar Zakat Fitrah adalah satu kewajipan bagi setiap umat Islam di Malaysia. Bayar mengikut kadar yang ditetapkan dengan kawasan atau negeri yang anda berada.

Iklan Disini

Anda boleh lakukan pembayaran sama ada terus ke kaunter zakat atau menerusi Amil sah yang dilantik atau buat pembayaran secara online sama ada menerusi laman web atau aplikasi mudah alih yang telah ditetapkan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Zakat Fitrah di Malaysia, anda boleh menghubungi Institusi Zakat masing-masing atau merujuk kepada pihak berkuasa agama yang berkenaan.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment