Jika mana tak tahu, anda boleh ubah transaksi transfer limit Maybank secara online sahaja iaitu melalui laman web Maybank2u. Anda boleh ikuti cara terbaru ini bagi tahun 2026.
Setiap bank telah menetapkan had limit transaksi sama ada melalui perbankan online ataupun debit kad.
Ini bermakna jika anda telah sampai limit transaksi tersebut sehari, maka pada hari tersebut anda dah tak boleh nak guna untuk pembayaran seterusnya terutamanya menggunakan perbankan online.
BACA JUGA : Cara Semak Baki Akaun Maybank (Guna Maybank2u Dan MAE)
Senang cerita, kalau suka shopping, sampai limit, tak boleh la nak shopping dah.
Perkara ini bukan ada hanya di Maybank sahaja, tetapi di semua bank. Tapi cara ubat limit transaksi pastinya berbeza mengikut bank. Jadi kalau anda pengguna Maybank anda boleh ikuti cara ubah transfer limit transaksi ini menggunakan Maybank2u disini.
Cara Tukar Transfer Limit Maybank Menggunakan Maybank2u
Secara default, terdapat beberapa jenis transfer yang disediakan di Maybank2u dan menetapkan nilai Transfer Limit. Ianya adalah seperti berikut:
- 3rd Party Transfer RM3,000
- Interbank GIRO Transfer RM3,000
- Instant Interbank Transfer RM10,000
- Foreign Telegraphic Transfer RM10,000
- DuitNow Transfer RM3,000
- FPX RM14,000
- ASNB Own Account Transfer RM50,000
- ASNB 3rd Party Transfer RM10,000
Jadi untuk kesemua Transfer Limit ini boleh diubah jika anda mahukan lebih nilai untuk transfer dengna cara ikuti langkah dibawah. Cara ini telah menggunakan interface terbaru daripada Maybank2u.
1) Terlebih dahulu Log In akaun Maybank2u anda di www.maybank2u.com.my
2) Pada halaman utama, klik Setting

3) Pada bahagian navigasi tab, klik Pay & Transfer

4) Pada sidebar, pilih Transfer Limit

5) Kemudian akan dipaparkan semua jenis Transfer dan Transfer Limit yang telah ditetapkan. Untuk tukar, anda hanya perlu klik pada butang ‘pencil’ tersebut dan masukkan jumlah yang baru.

6) Jika sudah, klik Save dan ikuti langkah seterusnya sehingga selesai.
Jadi Transfer Limit kini sudah bertambah dan anda boleh gunakan lebih banyak nilai untuk transfer ke akaun bank lain.









