Kini Lebih Mudah! Cara Order Tealive Guna Touch ‘N Go eWallet

By Aiman San

Published On:

Follow Us
cara order tealive online

Touch ‘N Go (TnG) eWallet telah memperkenalkan sebuah fungsi baru pada aplikasinya iaitu fungsi order Tealive.

Ya, ini bermakna anda boleh buat tempahan bubble tea daripada Tealive dengan menggunakan aplikasi sahaja tanpa perlu beratur panjang di kaunter.

Fungsi order Tealive guna Tng eWallet ini hanya terhad untuk self-pickup dan juga driver pick-up sahaja. Tiada tempahan untuk penghantaran.

BACA JUGA : Cara Keluarkan Duit Daripada eWallet (ShopeePay, TnG eWallet)

Anda boleh menggunakan Foodpanda atau GrabFood sahaja bagi proses delivery. Erti kata lain, anda buat tempahan, anda kena ambil sendiri.

Cara Order Tealive Menggunakan Touch ‘N Go eWallet

Kemudahan ini sesuai jika anda memang malas nak beratur panjang di kiosk shopping mall atau dimana-mana kedai Tealive.

Anda buat tempahan secara online menggunakan TnG eWallet dan anda boleh tunggu dimana-mana sahaja sehingga minuman anda siap dan terus ambil tanpa beratur panjang.

Ini caranya:

1) Anda buka aplikasi TnG eWallet dan tekan ikon “Tealive”

cara order tealive guna touch n go ewallet

2) Pilih sama ada Self Pick-Up atau Drive-In Pickup, pilih outlet Tealive terdekat anda serta waktu bila tempahan dibuat. Jika sudah selesai klik “Star Ordering”

cara order tealive guna touch n go ewallet

3) Disini akan disenaraikan semua menu Tealive yang anda boleh mula buat pesanan. Anda klik “Add”. Kemudian pilih tambahan lain seperti Saiz, Topping dan sebagainya. Sudah selesai klik “Add To Cart”.

cara order tealive guna touch n go ewallet

4) Jika sudah pilih, akan keluar butang “Payment” untuk mula buat bayaran. Sebuah halaman akan memaparkan semua pesanan anda beserta jumlah bayaran.

Tiada apa-apa caj yang dikenakan serta harga bubble tea pun sama sahaja seperti di kiosk. Jika sudah ok, klik “Pay”.

cara order tealive guna touch n go ewallet

5) Sekali lagi tekan butang “Pay” dan masukkan nombor PIN TnG eWallet anda. Dan siap!

cara order tealive guna touch n go ewallet

6) Anda boleh ambil pesanan anda bila-bila masa sahaja. Masa pick-up, anda perlu tunjukkan collection ID anda yang dipaparkan di aplikasi tersebut. 

Settle!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now