Cara Install Tulisan Jawi Di Laptop Terbaru

By Aiman San

Updated On:

Follow Us
cara install tulisan jawi

Secara default, setiap komputer atau laptop tidak didatangkan dengan pilihan tulisan jawi sebaliknya hanya disediakan tulisan arab (Saudi Arabia). Oleh itu, kita perlu pasang atau install font atau tulisan jawi sendiri di laptop.

Kita juga sedia maklum, tulisan arab dan jawi adalah sama bentuknya tetapi ada penambahan 6 huruf pada tulisan jawi iaitu  چ ڠ ݢ ڤ ۏ ڽ. Oleh itu, tulisan Arab yang disediakan pada windows kita masih tidak cukup lengkap dijadikan sebagai ganti kepada tulisan jawi. Oleh itu kena juga install lain.

Tapi jangan risau, anda boleh ikuti tutorial mudah ini cara install font jawi di komputer dengan betul dengan menggunakan perisian tulisan jawi UKM untuk tahun 2021.

Cara Install Tulisan Jawi Di Laptop

Dalam tutorial ini, anda perlu buat 2 perkara iaitu install perisian tulisan jawi dan juga install font jawi. Jom kita tengok caranya dibawah:

Iklan Disini

Langkah 1:

Anda perlu download terlebih dahulu perisian JAWI UKM. Kemudian anda extract file tersebut menggunakan software WinRar atau mana-mana yang berkaitan.

Langkah 2:

Klik pada file setup.exe

Langkah 3:

Ikuti segala arahan yang diberi, kemudian install sehingga selesai

Langkah 4:

Untuk pastikan perisian ini berjaya dipasang dengan betul. Anda boleh semak dengan klik pada bahagian Keyboard dibawah bawah kanan desktop anda. Jika dipaparkan JAWI UKM 2016 Keyboard, itu bermakna sudah ter install dengan jayanya.

Langkah 5: Install Font Jawi

Apabila perisian jawi ini sudah berjaya, ianya perlu diselarikan dengan font yang bersesuai. Antara jenis font yang anda boleh gunakan seperti Font Arabic typesetting, Font Jawi Uthman Taha, Font Jawi Lateef, Font Majalla. 

Iklan Disini

Anda boleh download mana-mana font dengan klik disini.

Langkah 6:

Kemudian install font tersebut, dengan double-klik pada font dan klik Install

Iklan Disini

Langkah 7:

Tunggu sehingga selesai. Jadi anda sudah boleh gunakan tulisan jawi di laptop.

Cara Aktifkan Tulisan Jawi

Untuk aktifkan keyboard jawi, anda hanya perlu tukar pada bahagian kanan bawah dekstop anda kepada Font JAWI UKM. Secara automatik, keyboard anda kini menyokong tulisan jawi. Anda boleh cuba di microsoft word, powerpoint atau mana-mana perisian.

Tulisan Rumi

Iklan Disini

Jika anda seorang guru atau individu yang kerap menggunakan tulisan jawi, boleh dapatkan stiker jawi dan lekat pada keyboard anda. Senang untuk membuat kerja. Boleh dapatkan di Shopee sahaja dengan klik dibawah

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment