Cara Deposit Duit Ke Tabung Haji Menggunakan JomPay Melalui Bank Islam (Tanpa Caj Tambahan)

By Aiman San

Published On:

Follow Us

Cara Deposit Wang Ke Tabung Haji Menggunakan JomPay Melalui Bank Islam

Tahukah anda, kini anda boleh deposit wang ke tabung haji melalui Bank Islam dengan tanpa caj tambahan dengan menggunakan fungsi JomPay padanya.

Fungsi JomPay bagi deposit ke Tabung Haji baru sahaja diperkenalkan oleh pihak Tabung Haji (TH) pada awal Februari yang lepas. Ini bagi menggalakkan lebih ramai pendeposit supaya masukkan duit ke akaun Tabung Haji dilakukan secara online sahaja. Tambahan pula, bila anda guna JomPay, anda tak perlu bayar caj tambahan RM1 seperti anda menggunakan fungsi transfer secara online melalui Bank Islam.

Jadi mulai tahun 2021 ni, anda duduk dirumah dan lakukan deposit wang ke tabung haji menggunakan JomPay sahaja. Jika anda menggunakan Bank Islam, kami akan tunjukkan langkah dan cara buat deposit menggunakan JomPay melalui Bank Islam.

Cara Deposit Wang Ke Tabung Haji Menggunakan JomPay Melalui Bank Islam

Langkah ini sama sahaja bila melalui Maybank2U. Perkara penting sekali, anda sudah daftar perbankan online Bank Islam iaitu bankislam.biz. Jika tiada lagi, boleh daftar dengan ikuti langkah disini.

Iklan Disini

Langkah 1 : Log In akaun bank islam anda di www.bankislam.biz

Langkah 2 : Pada halaman utama, klik pada “Payment (JomPay)”

cara deposit wang ke tabung haji guna jompay melalui bank islam

Langkah 3 : Penuhkan ruang yang disediakan dengan maklumat anda seperti :

Iklan Disini

From Account : pilih nombor akaun bank islam anda

Amount : Masukkan jumlah (RM) yang ingin deposit

Payment Mode : Pilih Immediate

Recipient Type : Open Biller

Biller Code : Masukkan “60228”

Iklan Disini

Ref-1 : Nombor akaun Tabung Haji anda (15-figit)

Ref-2 : Biarkan kosong

Jika sudah siap, tandakan pada I have read and… dan klik “Validate”

cara deposit wang ke tabung haji guna jompay melalui bank islam

Langkah 4 : Semak semula maklumat anda tersebut terutamanya pada Ref-1 (nombor akaun TH). Pastikan betul. Biller Code dengan nama Tabung Haji-Deposit. Jika sudah, klik “Add To Bill List”

Iklan Disini

cara deposit wang ke tabung haji guna jompay melalui bank islam

Langkah 5 : Sekali lagi, semak maklumat anda. Jika sudah lengkap, klik “Pay”

cara deposit wang ke tabung haji guna jompay melalui bank islam

Langkah 6 : Klik pada “Request i-Access Code”. Anda akan diberi 6-digit nombor di telefon bimbit anda. Jika sudah dapat, masukkan pada bahagian i-Access Code. Jika sudah betul, klik pada “Confirm”

cara deposit wang ke tabung haji guna jompay melalui bank islam

Iklan Disini

cara deposit wang ke tabung haji guna jompay melalui bank islam

Langkah 7 : Jika sudah berjaya, akan dikeluarkan status Successful. Selesai!

cara deposit wang ke tabung haji guna jompay melalui bank islam

cara deposit wang ke tabung haji guna jompay melalui bank islam

Iklan Disini

Anda boleh semak adakah berjaya wang deposit ke Tabung Haji iaitu sehari selepas transaksi dilakukan. Itu sahaja, mudah je kan! Harap bermanfaat langkah dan cara deposit wang ke tabung haji ini menggunakan JomPay melalui Bank Islam.

Iklan Disini

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment