Adakah anda perantau dari Pahang yang merancang untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya akan datang?
Berita baik! Kerajaan Negeri Pahang menerusi Sekretariat Perantau Anak Pahang kini menawarkan baucar petrol/diesel bernilai RM50 kepada 5,000 pemohon terawal.
Contents
Syarat Kelayakan Permohonan
Untuk memastikan anda layak menerima baucar ini, pastikan anda memenuhi syarat berikut:
- Mestilah Perantau Anak Pahang
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pulang ke Pahang sempena Hari Raya
- Belum pernah menerima apa-apa baucar dari Sekretariat Perantau Anak Pahang sebelum ini.
Cara Memohon Baucar Petrol/Diesel RM50

Permohonan dibuka sehingga 18 Mac 2025 (bersamaan 17 Ramadhan). Jika anda memenuhi semua syarat di atas, ikuti langkah mudah ini untuk memohon:
- Scan Kod QR pada poster atau klik pautan rasmi permohonan di sini: Mohon Sekarang
- Isikan maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan. Pelajar dan pekerja layak memohon
- Hantar permohonan sebelum tarikh tutup seperti :
- Pekerjaan/ipta/ipts
- Alamat majikan
- Alamat tempah tinggal
- Negeri tempat tinggal
- Alamat kampung asal
- Tunggu keputusan permohonan
Kenapa Anda Perlu Rebut Peluang Ini?
Dengan bantuan baucer ini, perantau yang pulang ke Pahang dapat menJimatkan kos perjalanan – RM50 boleh membantu mengurangkan beban kos minyak untuk pulang ketika hari raya.
Selain itu, ianya memudahkan perjalanan balik kampung – Insentif ini diberikan khas untuk membantu anak-anak Pahang di perantauan. Sambut Raya dengan lebih ceria – Lebih penjimatan, lebih kegembiraan untuk bersama keluarga di kampung.
Jangan Tunggu Lagi, Mohon Sekarang!
Baucar ini terhad kepada 5000 pemohon terawal sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan bantuan ini bagi meringankan kos perjalanan anda ke Pahang. Mohon segera sebelum tarikh tutup 18 Mac 2025!
Kongsi maklumat ini dengan rakan-rakan dan keluarga yang juga perantau Pahang supaya mereka tidak terlepas peluang ini!