Ayat pickup line khas untuk suami memang berbeza daripada pickup line biasa untuk teman lelaki atau orang yang baru bercinta. Bila sudah bergelar pasangan suami isteri, kenalah ada usaha lebih sikit untuk terus menghidupkan rasa manis dalam hubungan.
Bukan sahaja boleh dijadikan gurauan, malah ayat pickup line untuk suami juga mampu menceriakan suasana dan menambah kemesraan antara anda berdua. Lagi best kalau ayat yang digunakan spontan, kelakar dan ada ‘power’ tersendiri.
BACA JUGA : Contoh Teka-Teki Dengan Pickup Line Romantik
Kalau terlalu biasa atau mudah dijangka, hilanglah seri pickup line tersebut. Jadi, apa kata cuba beberapa ayat pickup line untuk suami yang sweet, menarik dan menghiburkan ini untuk buat si dia tersenyum sendiri.
Contoh Ayat Pickup Line Romantik Untuk Suami
“Abang ni bahaya tau… Makin lama kahwin, makin susah saya nak berhenti sayang”
“Abang, kenapa merah tu cantik”
“Sebab merah warna yang terang”
“Salah, sebab merah tu tanda cinta kita.”
“Abang, tolong rasa kejap. Kenapa garam ini masin sangat?”
“Garam memang masin la sayang oi”
“Sebab manisnya ada pada abang.”
Cia Cia Cia
“Kalau kita bergaduh, saya rela abang pukul saya, tapi jangan pukul hati saya.”
“Kenapa?”
“Sebab dalam hati saya ada abang.”
“Susah betul menaip di keyboard ni!”
“Kalau rasa susah, taiplah pelan-pelan.”
“Susah sebab asyik tertaip nama abang jer dari tadi.”
“Sayang nak air apa? saya buatkan.”
“Air kopi.”
“Ko Pinang dikau dengan basmallah ya sayangku.”
“Sayang, datang sini kejap. Tak boleh jauh-jauh, dekat sini jap.”
“Kenapa?”
“Oh, sebab dalam hati saya, kan ada hati awak!”
“Sayang nak air apa?”
“Air Teh.”
“Kurang gula atau banyak gula?”
“Kurang gula la.”
“Tak boleh, sebab cinta kita terlebih manis selalu.”
“Kalau abang nak tahu, sayang suka roadblock.”
“Lah, dah kenapa suka roadblock?”
“Sebab sayang sendiri dah letak roadblock di dalam hati ni. Tak kan ada orang lain selain abang.”
“Saya suka sangat abang jadi anak tunggal”
“Kenapa?”
“Sebab tunggal, isteri pun kena tunggal.. tak boleh bermadu.”
“Tahu tak kenapa saya tak makan roti?”
“Sebab roti lembut dan tawar?”
“Tidak, sebab saya dah kenyang dengan cinta awak.”
“Abang tahu tak, apa beza kuih tart dengan abang?”
“Tak tahu.”
“Kuih tart cair di mulut. Abang cair di hati sayang.”
“Sayang, jom shopping nak?”
“Shopping kat mana?”
“Dalam rumah supaya hanya ada kita berdua tanpa gangguan.”
“Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa paling busuk?”
“Bunga tahi ayam.”
“Salah, bunga yang tak halal sedangkan ada bunga yang halal dan manis depan mata.”
“Tolong tolong tolong bang”
“Kenapa? kenapa?”
“Hati saya..Hati saya terseliuh jatuh ke dalam hati abang.”
“Abang tahu tak, apa beza siang dan malam?”
“Apa dia?”
“Siang abang kena hadap boss, malam abang milik sayang.”
“Kenapa panas sangat ni?”
“Awak kurang minum air lah tu”
“Taklah, sebab cinta awak sentiasa memanaskan saya.”
“Apa beza awak dengan kuali?”
“Tak tahu”
“Kuali boleh dipinjam-pinjam, awak milik saya seorang sahaja!”
“Awak cuci muka pakai gula eh?”
“Sebab muka awak nampak manis sangat buat saya”
“Awak sayang diri awak?”
“Mestilah sayang”
“Saya rasa tak patut, sebab itu tanggungjawab saya untuk menyayanyi awak”
“Rumah kita sekarang sunyi tapi tak lama lagi mesti akan meriah.”
“Kenapa? Mak ayah nak datang dari kampung ke?”
“Taklah, tapi sebab sayang nak lahirkan anak ramai-ramai untuk abang.”
“Awak hari ini hari apa?”
“Hari ni hari Rabu”
“Salah! Hari ni hari awak cantik sangat”
“Awak pilih a atau b?”
“Pilih a”
“Saya tak pilih a atau b, saya pilih u sorang je sayang.”
“Selalunya, pokok kelapa tinggi ke rendah bang?”
“Mestilah tinggi.”
“Tapi tinggi lagi cinta saya pada abang.”
“Sayang tak sukalah duduk rumah ni!”
“Kenapa pula?”
“Sebab bila abang pergi kerja, sayang kena tanggung rindu tiap hari.”
“Abang, kita nak pergi cuti ni. Handphone abang ada waze kan?”
“Ada. Takyah risau.”
“Kalau gitu, abang tolong wazekan sekali jalan untuk sayang pergi ke hati abang tu.”
“Abang, sayang nak kunci.”
“Kunci apa?”
“Kunci untuk tutup semua pintu ke hati abang. Sayang tak nak orang lain masuk.”
“Abang, nanti saya nak ikut abang pergi memancing.”
“Hari tu sayang cakap boring.”
“Saya nak ikut. Saya tak nak ada orang lain pancing abang untuk gantikan tempat saya.”
“Banyak ayat-ayat pickup line saya dah kongsikan, tapi sebenarnya tak pandai pun pickup line ni”
“Ye ke?”
“Ye betul, saya tak tak pandai pickup line, tapi pikat awak saya pandai”
Jadi untuk si perempuan, wanita atau isteri, anda boleh gunakan pickup line romantik ini untuk pasangan anda terutamanya untuk lelaki dan suami. Pasti mereka cair dengan ayat-ayat romantik ini.












