Apa Maksud Kicau Mania? Kini Viral dan Trending Di Indonesia

By Aiman San

Published On:

Follow Us
Kicau Mania

Sejak kebelakangan ini, ramai pengguna TikTok, Facebook dan Instagram di Malaysia mula terdengar lagu dengan bait yang berbunyi “Kicau… Kicau… Kicau Mania…”.

Lagu tersebut menjadi sangat viral sehingga digunakan dalam pelbagai jenis video, daripada konten lucu sehinggalah video hiburan.

Namun, ramai juga yang tertanya-tanya, sebenarnya apa maksud kicau mania?

Apa Itu Kicau Mania?

Secara ringkas, kicau mania merujuk kepada golongan yang sangat meminati burung berkicau terutamanya di Indonesia.

Istilah ini sudah lama popular di Indonesia dan digunakan untuk menggambarkan komuniti peminat burung yang gemar memelihara, menjaga, melatih serta menyertai pertandingan burung berkicau.

Di Indonesia, hobi ini bukan sekadar aktiviti santai. Terdapat pelbagai pertandingan burung berkicau yang dianjurkan hampir setiap minggu dengan hadiah yang lumayan.

Disebabkan itu, komuniti kicau mania berkembang sangat besar dan mempunyai peminat dari pelbagai lapisan umur.

Kenapa Lagu Kicau Mania Jadi Viral?

Populariti istilah ini meningkat mendadak selepas lagu “Kicau Mania” nyanyian Ndarboy Genk bersama Banditoz Yaow 86 menjadi fenomena di media sosial Indonesia pada tahun 2026.

Lagu tersebut pada asalnya dihasilkan untuk memberi semangat kepada komuniti pencinta burung yang sering menyertai pertandingan burung berkicau.

Namun siapa sangka, rentak yang catchy dan korus yang mudah diingati menyebabkan lagu itu tersebar luas sehingga digunakan oleh jutaan pengguna media sosial.

Malah, pencipta lagu tersebut sendiri mengakui mereka tidak menyangka lagu berkenaan boleh menjadi viral sehingga ke luar Indonesia.

Maksud Di Sebalik Lagu Kicau Mania

Walaupun ramai menganggap lagu ini sekadar lagu hiburan, sebenarnya liriknya membawa kisah tentang kehidupan peminat burung berkicau.

Lagu tersebut menggambarkan seseorang yang membesarkan burung sejak kecil, menjaga pemakanan, melatih burung dan akhirnya membawa burung tersebut menyertai pertandingan.

Bukan itu sahaja, ia juga turut memaparkan semangat persahabatan dalam komuniti serta usaha mencari rezeki melalui hobi yang diminati.

Sebab itu ramai peminat burung di Indonesia menganggap lagu ini dekat dengan kehidupan mereka kerana menggambarkan rutin sebenar seorang kicau mania.

Kenapa Ramai Rakyat Malaysia Mula Mengenalinya?

Seperti kebanyakan lagu viral Indonesia sebelum ini, populariti “Kicau Mania” banyak dibantu oleh TikTok dan Reels. Korus lagu yang ringkas membuatkan ramai mudah menghafalnya walaupun tidak memahami sepenuhnya maksud perkataan tersebut.

BACA JUGA : Senarai Harga Gift TikTok Terbaru

Tambahan pula, hubungan budaya antara Malaysia dan Indonesia menyebabkan lagu-lagu dari negara jiran sering mendapat tempat dalam kalangan pengguna media sosial tempatan.

Sebelum ini, banyak lagu Indonesia berjaya menjadi trend di Malaysia dan kini “Kicau Mania” pula mengikuti jejak yang sama.

Terbaru adalah menerusi perkongsian video di laman X dimana memaparkan murid sekolah di Indonesia menari menggunakan lagu ‘Kicau Mania’. Daripada itu, terdapat pelbagai riaksi terutamanya daripada nitizen Malaysia.

Ramai pengguna Malaysia menggunakan lagu ini sebagai latar belakang video lawak, video bola sepak, video motosikal dan pelbagai jenis konten santai kerana rentaknya yang bertenaga serta mudah menarik perhatian penonton.

Kicau Mania Kini Trending

Jika anda masih tertanya-tanya apa maksud kicau mania, jawapannya ialah komuniti atau individu yang mempunyai minat mendalam terhadap burung berkicau.

Istilah tersebut sebenarnya sudah lama wujud di Indonesia, tetapi menjadi semakin popular selepas lagu “Kicau Mania” viral di TikTok dan media sosial pada tahun 2026.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now