Anda Kini Boleh Dapatkan Akaun Youtube Premium Serendah RM12.90 Sebulan

By Aiman San

Published On:

Follow Us
harga youtube premium lite

YouTube kini menawarkan pelan Premium baharu di Malaysia yang dikenali sebagai YouTube Premium Lite. Dengan yuran langganan RM12.90 sebulan, pakej ini memberikan pengalaman menonton yang hampir bebas daripada iklan.

Menariknya, harga tersebut sekitar 38% lebih rendah berbanding langganan YouTube Premium standard.

youtube premium lite lebih murah

Tawaran Menarik Daripada Youtube Premium Lite

Melalui YouTube Premium Lite, anda boleh menikmati tontonan video YouTube tanpa gangguan iklan, termasuk kandungan di YouTube Kids.

Pelan ini turut menyokong fungsi main di latar belakang (background play) serta membolehkan video dimuat turun untuk ditonton secara luar talian. Namun begitu, terdapat pengecualian bagi kandungan yang berkaitan dengan muzik.

Dengan YouTube Premium Lite, anda tidak lagi menikmati akses tanpa iklan untuk YouTube Music serta kandungan yang berfokus kepada muzik secara keseluruhan.

BACA JUGA : 5 Tempat Untuk Anda Dapatkan Sound Bebas Copyright Untuk Guna Video Youtube

Ini bermakna iklan masih akan dipaparkan pada video muzik rasmi, video cover dan kandungan tarian.

Selain itu, iklan juga boleh muncul ketika menonton Shorts, serta semasa membuat carian atau melayari platform YouTube.

Beberapa ciri tambahan turut tidak disertakan dalam pelan ini, termasuk Jump Ahead, kualiti audio dan video yang dipertingkatkan, serta fungsi beratur video dan sambung tontonan bagi pengguna peranti mudah alih.

youtube premium lite rm12.90

Harga Youtube Premium Di Malaysia

Berikut ialah perincian lengkap mengenai pilihan langganan YouTube Premium yang terbaru ditawarkan pada masa ini di Malaysia:

  • YouTube Premium Lite – RM12.90/bulan
  • YouTube Premium – RM20.90/bulan
  • YouTube Premium Family (kongsi sehingga 6 ahli) – RM41.90/bulan
  • YouTube Premium Student – RM12.90/bulan

Anda anda yang melanggan YouTube Premium penuh sama ada melalui pelan individu, pelajar atau keluarga masih dapat menikmati pengalaman menonton tanpa iklan secara menyeluruh di YouTube.

Kelebihan ini turut merangkumi akses tanpa iklan di YouTube Music, selain pelbagai ciri tambahan seperti Jump Ahead serta pilihan kualiti audio dan video yang lebih baik.

Sumber : youtube.com

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now