Adakah anda terfikir sejauh mana besarnya shopping mall terbesar di dunia ini? Fakta keluasan ini pastinya mengejutkan anda.
Pusat beli-belah bukan lagi sekadar tempat membeli-belah. Hari ini, banyak shopping mall di seluruh dunia dibina seperti sebuah bandar mini yang lengkap. Di dalamnya ada taman tema, akuarium, hotel, pawagam, gelanggang ais dan pelbagai kemudahan lain.
Bagi sesetengah pelancong, mengunjungi pusat beli-belah terbesar di dunia di sesebuah negara tersebut salah satu aktiviti wajib ketika melancong.
Selain menawarkan pengalaman membeli-belah yang luar biasa, pusat beli-belah ini juga menjadi tarikan pelancongan utama yang mampu menarik jutaan pengunjung.
Ada mall yang mempunyai keluasan berjuta-juta kaki persegi sehingga memerlukan masa berjam-jam hanya untuk meneroka keseluruhan kawasan.
Jom kita lihat senarai 10 shopping mall terbesar di dunia terkini dan terbaru yang terkenal dengan saiz yang luar biasa:
Senarai 10 Shopping Mall Terbesar Di Dunia
- Iran Mall (21 Juta m²)
- The Dubai Mall (12 Juta m²)
- South China Mall (9.6 Juta m²)
- IOI City Mall (8.0 Juta m²)
- West Edmonton Mall, Kanada (5.6 Juta m²)
- SM Mall Of Asia, Manila (5.47 Juta m²)
- SM Megamall, Manila (5.1 Juta m²)
- Isfahan City Center, Iran (5.0 Juta m²)
- Mall Of America (4.87 Juta m²)
- CentralWorld, Bangkok (4.6 Juta m²)
Iran Mall yang terletak di Tehran diiktiraf sebagai shopping mall terbesar di dunia berdasarkan keluasan keseluruhan bangunannya iaitu sekitar 21,000,000 kaki persegi. Saiz yang luar biasa ini menjadikannya pusat beli-belah terbesar di dunia pada masa ini.
Di kedudukan kedua pula ialah The Dubai Mall yang memiliki keluasan sekitar 12 juta kaki persegi. Selain terkenal sebagai destinasi membeli-belah mewah, kompleks ini juga menjadi tarikan pelancongan antarabangsa yang menawarkan pelbagai tarikan unik.
Sementara itu, tempat ketiga adalah milik South China Mall di Chin. Dengan keluasan kira-kira 9.6 juta kaki persegi, ia mencerminkan skala pasaran pengguna yang sangat besar di negara tersebut.
Malaysia turut tersenarai antara negara yang mempunyai shopping mall terbesar di dunia iaitu menerusi IOI City Mall. Pusat beli-belah yang terletak di Putrajaya ini berada di kedudukan keempat dengan keluasan hampir 8 juta kaki persegi.
Seterusnya bagi rakan serantau di Filipina pula. SM Mall of Asia dan SM Megamall tersenarai antara pusat beli-belah terbesar di dunia. Ini sekali gus mengukuhkan kedudukan Metro Manila sebagai salah satu hab runcit utama di rantau ini.
Daripada senarai ini, kita dapat lihat 8 daripada 10 shopping mall tersebut berada di rantau Asia. Ini membuktikan bahawa rantau ini semakin muncul sebagai pemain penting dalam industri pengalaman runcit global.
Ia bukan sahaja menjadi destinasi membeli-belah, malah berfungsi sebagai pusat sosial, hiburan dan pelancongan yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi moden di rantau ini.

Sumber : Seaasia Stat









