Raya dah nak dekat, jadi boleh dah cari resepi yang sesuai untuk buat dan belajar untuk hidangan raya nanti. Kali ni boleh cuba resepi mufin pula Jadi boleh tengok sini 10 jenis aneka mufin yang anda boleh cuba.
Jika sebelum ini, anda dah dapatkan resepi aneka kek Hari Raya, kali ni kita tambah lagi satu jenis iaitu Mufin pula. Rasanya yang enak dan mudah disediakan, membuatkan mufin sering menjadi hidangan setiap kali tiba Syawal. Lebih-lebih lagi jika menggunakan air tangan sendiri, pasti mendapat pujian dari keluarga
Apa kata Syawal ini, anda cuba sendiri 10 jenis aneka Mufin dari M.H.P Enterprise ni yang boleh buat di rumah Jom tengok resepi dan cara membuat Mufin dibawah
Contents
1. Mufin Berinti Coklat
Kita isikan inti coklat di dalam mufin ni dan jadilah mufin berinti coklat.
Bahan-Bahan
- 180 g marjerin
- 180 g tepung kek
- 4 butir telur
- 160 g gula aising
- 0.5 ml esen ros
- 10 ml perasa coklat
- 100 g coklat masakan-dicairkan
- Sedikit serbuk coklat
Cara Membuat
- Pukul gula aising dengan marjerin sampai kembang.
- Tuangkan esen ros, gaul rata. Kemudia, pukul selama 5 minit
- Seterusnya, masukkan telur. Pukul sehingga sebati
- Masukkan tepung, kacau rata dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian disatukan dengan serbuk coklat. Gaul rata
- Panaskan ketuhan pada suhu 180°C selamat 15 minit
- Ambil cawan kertas, kemudian lapiskan adunan satu demi satu termasuklah coklat masakan
- Masukkan acuan dalam ketuhar, bakar selama 15 minit
2. Mufin Berinti Nanas
Bahan-Bahan
- 180 g marjerin
- 180 g tepung kek
- 4 butir telur
- 160 g gula aising
- 0.5 ml esen ros
- 100 g jem nanas
Cara Membuat
- Pukul gula aising bersama marjerin sehingga kembang. Kemudian, masukkan esen ros
- Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
- Masukkan tepung kek dan dipukul selama 3 minit
- Panaskan ketuhar selama 15 minit pada suhu 180°C. Biarkan seketika
- Ambil cawan kertas, masukkan adunan dan tambahkan jem nanas di tengahnya.
- Susun atas dulang, kemudia bakar selama 15 minit atau sehingga masak.
3. Mufin Berinti Strawberi
Bahan-Bahan
- 180 g marjerin
- 180 g tepung kek
- 4 butir telur
- 160 g gula aising
- 0.5 ml esen ros
- 100 g jem strawberi
- Sedikit ceri merah
- Sedikit ceri hijau
Cara Memasak
- Pukul gula aising bersama marjerin sehingga kembang. Kemudia, masukkan esen ros.
- Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
- Masukkan tepung kek dan dipukul selama 3 minit
- Panaskan ketuhar selama 15 minit pada 160°C. Biarkan seketika
- Ambil cawan kertas, masukkan adunan dan tambahkan jem nanas ditengah-tengahnya.
- Taburkan ceri hijau dan ceri merah di atasnya
- Susun atas dulang, kemudian bakar selama 15 minit atau sehingga masak. Siap!
4. Mufin Marble Berinti Coklat
Bahan-Bahan
- 180 g marjerin
- 180 g tepung kek
- 4 butir telur
- 160 g gula aising
- 0.5 ml esen ros
- 100 g coklat masakan
- Sedikit serbuk coklat
Cara Memasak
- Pukul gula aising bersama marjerin sehingga kembang. Kemudian, masukkan esen ros.
- Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
- Masukkan tepung kek dan dipukul selama 3 minit, Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, salah satu adunan, tambahkan serbuk cokla. Gaul sebati
- Panaskan ketuhar selama 15 minit pada suhu 180°C. Biarkan seketika
- Ambil cawan kertas, masukkan adunan secara berselang-seli, tambahkan coklat masakan di tengahnya.
- Susun atas dulang, kemudian bakar selama 15 minit atau sehingga masak. Siap!
5. Mufin Coklat
Bahan-Bahan
- 180 g marjerin
- 160 g gula aising
- 180 g tepung kek
- 4 biji telur
- 0.5 ml esen ros
- 10 ml perasa coklat
- Sedikit cip coklat
Cara Memasak
- Pukul gula aising bersama marjerin sehingga kembang.
- Masukkan esen ros dan pukul selama 5 minit
- Masukkan telur, gaul rata.
- Masukkan tepung kek, tambahkan perasa coklat. Kacau rata. Ambil cawan kertas, masukkan adunan, kemudian taburkan cip coklat di atasnya. Susun atas dulang.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit. Masukkan dulang dan bakar selama 15 minit
6. Mufin Strawberi
Bahan-Bahan
- 180 g marjerin
- 160 g gula aising
- 180 g tepung kek
- 4 butir telur
- 0.5 ml esen ros
- 10 ml perasa strawberi
Cara Memasak
- Pukul gula aising bersama marjerin sehingga kembang.
- Masukkan esen ros dan pukul selama 5 minit
- Masukkan telur, gaul rata.
- Masukkan tepung kek, tambahkan perasa strawberi. Kacau rata. Ambil cawan kertas, masukkan adunan. Susun atas dulang.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit. Masukkan dulang dan bakar selama 15 minit
7. Mufin Kopi
Bahan-Bahan
- 180 g marjerin
- 160 g gula aising
- 180 g tepung kek
- 4 butir telur
- 0.5 esen ros
- 10 ml perasa kopi
Cara Membuatnya
- Pukul gula aising bersama marjerin sehingga kembang.
- Masukkan esen ros dan pukul selama 5 minit
- Masukkan telur, gaul rata
- Masukkan tepung kek, tambahkan perasa kopi. Kacau rata. Ambil cawan kertas, masukkan adunan. Susun atas dulang.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit. Masukkan dulang dan bakar selama 15 minit
8. Mufin Pandan
Bahan-Bahan
- 180 g marjerin
- 160 g gula aising
- 180 g tepung kek
- 4 biji telur
- 0.5 ml esen ros
- 10 ml perasa pandan.
Cara Membuat
- Pukul gula aising bersama marjerin sehingga kembang
- Masukkan esen ros dan pukul selama 5 minit
- Masukkan telur, gaul rata
- Masukkan tepung kek, tambahkan perasa pandan. Kacau rata. Ambil cawan kertas, masukkan adunan. Susun atas dulang
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit. Masukkan dulang dan bakar selama 15 minit.
9. Mufin Oren
Bahan-Bahan
- 180 g marjerin
- 160 g gula aising
- 180 g tepung kek
- 4 biji telur
- 0.5 ml esen ros
- 10 ml perasa oren.
Cara Membuat
- Pukul gula aising bersama marjerin sehingga kembang
- Masukkan esen ros dan pukul selama 5 minit
- Masukkan telur, gaul rata
- Masukkan tepung kek, tambahkan perasa oren. Kacau rata. Ambil cawan kertas, masukkan adunan. Susun atas dulang
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit. Masukkan dulang dan bakar selama 15 minit.
10. Mufin Pelangi
Bahan-Bahan
- 100 g marjerin
- 180 g tepung kek
- 4 biji telur
- 160 g gula aising
- 0.5 ml esen ros
- Setitik pewarna hijau
- Setitik pewarna merah
Cara Membuat
- Pukul marjerin dan gula aising sehingga kembang
- Masukkan esen ros, gaul sebati. Kemudian, masukkan telur.
- Masukkan tepung, kacau rata. Bahagikan aduna kepada 3 bahagian, warnakan 2 bahagian dengna warna hijau dan pewarna merah.
- Ambil kertas, masukkan adunan secara berselang-seli
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit, kemudian bakar mufin selama 15 minit atau hingga masak.