Zoo Negara Lancarkan Kempen Haiwan Angkat Bagi Membantu Haiwan Tersebut

By Aiman San

Published On:

Follow Us

Dikala kita diperintahkan untuk berada di rumah, haiwan juga terkesan terutamanya yang berada di Zoo Negara. Jika kita tidak dibenarkan berada di tempat awam, bagaimana Zoo ingin menerima pelawat bukan.

Zoo Negara Lancarkan Kempen Haiwan Angkat

Inilah yang sedang dirasakan terutamanya haiwan yang berada di Zoo Negara kini. Kebanyakkan makanan dan perubatan yang diperoleh bagi haiwan disana adalah datang daripada sumber tiket masuk daripada orang ramai.

Iklan Disini

Kini tiada lagi pelawat disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan dan tiadalah makanan untuk haiwan tersebut.

Bukan manusia sahaja yang menerima nasib kurang baik disebabkan krisis globa COVID-19 ini tetapi haiwan juga. Jika berada di Zoo, pastinya makanan hanya diberi oleh pengurus tempat tersebut. Tiada dana, tiada makanan.

Kempen Haiwan Angkat ini bukan bermakna anda boleh membawa pulang, tetapi sumbangan anda tersebut akan dihargai dan nama anda ditulis sebagai keluarga angkat kepada haiwan tersebut.

Iklan Disini

Antara haiwan yang disenaraikan adalah Kayla (Harimau), Sibol (Gajah), Choki (Orang Utan), Samba (Singa), Penguins dan banyak lagi.

Iklan Disini

Zoo Negara Lancarkan Kempen Haiwan Angkat

Zoo Negara Lancarkan Kempen Haiwan Angkat

Selain daripada memohon sumbangan daripada orang ramai bagi membeli makanan haiwan yang berada di Zoo, pihak Zoo Negara juga telah melancarkan sebuah kempen iaitu Kempen Haiwan Angkat.

Iklan Disini

Kempen ini anda perlu membuat bayaran mengikut pakej minimum yang disertakan. Sebagai tanda balas, anda akan menerima e-sijil, penghargaan daripada Zoo Negara, baucer, nama anda akan ditulis di dalam website Zoo Negara dan pelbagai lagi.

Zoo Negara Lancarkan Kempen Haiwan Angkat

Zoo Negara Lancarkan Kempen Haiwan Angkat

Iklan Disini

Ada lagi beberapa haiwan lain yang anda boleh lihat senarainya di akaun Instagram Zoo Negara Malaysia di @zoonegara_malaysia

Untuk menderma terus, anda boleh salurkan pada 

Iklan Disini

Malaysian Zoological Society
514422103830
Maybank Berhad

Iklan Disini

Untuk maklumat lanjut anda boleh email atau hubungi seperti talian dibawah

Talian : 03-41083422/7/8

Email : pr@zoonegaramalaysia.my

Iklan Disini

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment