Whatsapp telah memperkenalkan 3 ciri terbaru pada aplikasi tersebut kepada semua penggunanya. Kini anda sudah boleh menggunakan dan nikmati perubahan baru tersebut.
Aplikasi Whatsapp merupakan aplikasi komunikasi yang popular di seluruh dunia. Ianya digunakan bagi tujuan komunikasi antara pengguna lain dengan hanya menggunakan sambungan internet dan ianya boleh digunakan secara percuma.
Sebelum ini, aplikasi tersebut hanya boleh digunakan di telefon pintar sahaja, tetapi kini anda boleh menggunakan di web dan juga desktop. Jadi anda tidak lah bergantung sepenuhnya pada telefon jika anda perlu menghadap komputer ketika kerja atau belajar. Tetapi perlu diingatkan, pastikan telefon anda sentiasa bersambung dengan internet untuk dapatkan akses Whatsapp di web dan desktop.
Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini, Whatsapp sekali lagi memperkenalkan 3 ciri utama yang terbaru bagi semua pengguna Whatsapp di seluruh dunia termasuk Malaysia. 3 ciri utama tersebut adalah mod gelap pada whatsapp web, pelakat beranimasi dan kod QR.
Untuk dapatkan ciri ini anda perlu kemaskini aplikasi di smartphone melalui Play Store atau Apps Store. Manakala untuk website web, anda boleh pergi ke pautan web.whatsapp.com
Contents
1. Mod Gelap Pada Whatsapp Web
- Pada bahagian laman utama, anda klik 3 titik dibahagian kanan atas
- Kemudian pilih dan klik Setting
- Pilih dan klik Theme
- Untuk hidupkan mod gelap, anda klik pada Dark dan tekan OK
2. Pelakat Beranimasi (Animated Sticker)
3. Kod QR Untuk Mula Chat
Caranya, anda pergi ke 3 titik yang berada di atas kanan, kemudian klik Setting. Anda klik ikon Kod QR pada bahagian kanan gambar anda. Kemudian akan dipaparkan Kod QR anda.