Seperti yang dimaklumkan oleh Kuman Pictures, wang anda boleh dikembalikan jika anda tidak puas hari menonton filem ROH pada 6 Ogos ini di mana-mana pawagam.
Sebelum lebih 3 bulan panggung wayang ditutup dan tayangan filem juga ditunda terutamanya filem tempatan, kini mereka kembali. Antara filem terawal yang akan bermula tayangan adalah filem ROH dengan genre seram.
Antara filem yang tangguh tayangan seperti yang diumumkan sebelum ini adalah Escape, Town Mall, ROH, Kenderaan Berat Ikut Kiri dan Takut Ke Tak. Tetapi setakat ini iaitu yang terbaru hanya tayangan filem ROH sahaja sudah confirm untuk tayangan iaitu bermula 6 Ogos 2020.
Sebelum ini, filem Roh sepatutnya dijadualkan buka tayangan pada 19 Mac 2020, tetapi disebabkan pandemik COVID-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tayangan terpaksa ditangguhkan dan bermula kembali pada Khamis ini (6 Ogos).
Tapi pada tayangan pembukaan kali ini ada sedikit keistimewaan yang ditampilkan oleh pihak penerbit filem tersebut iaitu Kuman Pictures.
Contents
Sinopsis Filem Roh
Genre : Seram
Pengarah : Emir Ezwan
Pelakon : Farah Ahmad, Namron, June Lojong, Mhia Farhana, Harith Haziq, Junainah, Putri Qaseh dan ramai lagi
Berlatarbelakangkan zaman peperangan, di mana tinggal sebuah keluarga daif di pinggir hutan. Mereka kemudiannya didatangi seorang kanak-kanak perempuan misteri. Kejadian-kejadian aneh mula menghantui mereka selepas kanak-kanak itu meramalkan sesuatu yang ngeri.
Wang Boleh Dikembalikan Jika Tidak Puas Hati
JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN UNTUK FILEM “ROH”Tonton #filemROH di hari pembukaan (6 Ogos) di mana-mana pawagam.
Jika puas, sebarkan cintanya!
Jika tak puas, kami akan pulangkan wang anda. pic.twitter.com/bZHTvN0lJY— filem ROH mulai 6 Ogos 2020 (@KumanPictures) August 3, 2020