Jika sebelum ini, Selangor telah mengumumkan akan mengadakan sesi kursus pra perkahwinan secara online walaupun bagi pasca PKPB. Jadi mereka yang sebelum ini telah mendaftar, mereka akan menduduki kursus tersebut melalui video conference sahaja.
Melalui itulah, pihak UniSZA telah membangunkan kandungan digital bagi kursus pra perkahwinan ini dengan kerjasama pakar bidang Pengajian Islam, Perubatan, Kewangan Islam, Undang-undang Islam dan Teknologi Maklumat dari universiti tersebut. Kandungan tersebut pastinya selari dengan silibus yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Kandungan Digital Kursus Pra Perkahwinan Daripada UniSZA
Dengan norma baharu ini, bagi mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang ingin melakukan kursus tersebut, mereka boleh dapatkan melalui platform MyBahagia ini. Segala bahan dan kandungan disediakan. Jadi mereka boleh lakukan secara online sahaja selepas ini tanpa perlu adakan kelas beramai-ramai seperti sebelum ini.
Seperti yang diberitahu melalui pautan Remaja, MyBahagian ini akan diperkenalkan bermula 13 Jun dan dengan RM30 sahaja, anda boleh daftar menggunakan platform ini. Jadi kepada bakal pengantin, pastinya ini menjadi berita gembira untuk mereka.