Trend Bunuh Diri Bintang K-Pop

By Aiman San

Published On:

Follow Us
Trend Bunuh Diri Bintang K-Pop

Pada minggu lalu, dunia hiburan K-Pop dikejutkan dengan kehilangan seorang lagi artis mereka iaitu Goo Hara yang dijumpai mati di kediamannya di Seoul, Korea Selatan. Tetapi setakat ini masih tiada lagi berita bagaimana kejadian ini berlaku dan ianya masih disiasat oleh pihak Polis. Adakah ianya suatu pembunuhan ataupun bunuh diri?

Perkara sedemikian bukanlah pertama kali berlaku terutamanya dalam dunia industri K-Pop. Jika sebelum, kawan rapatnya sendiri iaitu Sulli juga ditemui mati dan lebih mendukacitakan punca kematian adalah kerana bunuh diri. Mendiang Goo Hara yang pernah sertai kumpulan Kara sebelum kematiannya, beliau pernah di masukkan ke hospital kerana cubaan bunuh diri.

Baca Juga : Goo Hara Ditemui Mati Di Kediamannya

Pakar berkata, kedua-dua artis wanita tersebut berdepan gejala buli siber selain tekanan dan kritikan orang ramai dah pihak media sepanjang karier hiburang masing-masing. Jelas, akhirnya ia memberi kesan kepada kesihatan mental mereka.

Berikut antara kes bunuh diri melibatkan artis K-Pop daripada Korea Selatan dalam tempoh beberapa tahun sebelum ini.

Iklan Disini

Kes Bunuh Diri Melibatkan Artis K-Pop

Choi Sulli (2019)

sulli

Bekas anggota kumpulan f(x) dan aktres ini ditemui mati di kediamannya pada 14 Oktober 2019. Sulli yang bergelut dengan isu kemurungan dan gangguan panik dipercayai membunuh diri susulan kritikan dan pengawasan nitizen.

Jeon Mi Seon (2019)

mi seon

Pelakon Korea ini yang telah memenangi pelbagai anugerah industri hiburan, terkenal melalui drama Hwang Jini dan Hide and Seek. Beliau ditemui mati akibat bunuh diri pada bulan Jun yang lalu. Pelakon ini dilaporkan mengalami tekanan emosi dan kemurungan susulan penyakit dihadipi oleh ibunya dan kematian salah seorang ahli keluarga

Jeon Tae Soo (2018)

tae soo

Beliau merupakan pelakon terkenal dan adik kepada aktres Ha Ji Won. Membintangi dramai hit terkenal Sungkyunkwan Scandal, pelakon yang pernah mendapatkan rawatan kemurungan itu dilaporkan membunuh diri pada tahun 2018

Iklan Disini

Kim Jonghyun (2017)

kim jonghyun

Tampil sebagai penyanyi utama kumpulan muzik SHINee pada tahun 2009 ketika baru berusia 19 tahun. Ditemui mati di sebuah apartmen sewa pada bulan Disember 2017 bersama sekeping nota bunuh diri bertulis ‘Kemurungan salama ini akhirnya memakan saya’

Antara aktres lain yang terlibat dalam kes bunuh diri


Jang Ja Yeon (2009)


jaja




Choi Jin Sil (2008)


ji sil
Jeong Da Bin (2007)


Iklan Disini
Trend Bunuh Diri Bintang K-Pop




U;Nee (2007)


Trend Bunuh Diri Bintang K-Pop




Lee Eun Joo (2005)


Iklan Disini
Trend Bunuh Diri Bintang K-Pop




sumber : SinarHarian

Iklan Disini

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment