Topeng muka out of stock di pasaran? Susah nak dapatkan ready stock? Mungkin “Apple Mask Pro” ini untuk anda, lagi-lagi jika peminat produk Apple kan.
Kini berlegar-legar di internet, dimana memaparkan gambar sebuah topeng muka dengan logo Apple dihasilkan. Persoalan sekarang, adakah ianya wujud? Betul ke Apple Inc. menghasilkan topeng muka di kala krisis COVID-19 melanda dunia ni.
Jika di Malaysia pada awalnya sebelum ini, sebuah topeng muka dijual dengan harga syiling RM2 sekeping dan bermula 1 April 2020, Kerajaan telah mengumumkan harga diturunkan kepada RM1.50 bagi sebuah topeng muka. Murah ke mahal? Apa agaknya harga Apple Mask ni kan.
Apple Menghasilkan Topeng Muka, “Apple Mask Pro”
Katanya, beliau menghasilkan rekaan konsep ini selepas dunia sibuk memperkatakan berkenaan Corona Virus terutamanya di media sosial. Pada awalnya, beliau hanya hasilkan konsep topeng muka biasa sahaja dan kini pelbagai versi telah dihasilkan sehingga tapak laman sama seperti di website Apple pun dihasilkan