Tahun baru 2020, anda dah plan untuk travel ke mana-mana tempat ke? Kalau sudah plan tapi belum beli tiket flight, mungkin anda boleh baca sini tips nak beli harga tiket flight murah. Mungkin cara ini dapat menjimatkan perbelanjaan anda bermula dengan tiket penerbangan untuk ke destinasi idaman bersama teman dan keluarga.
Tips ini mungkin berguna jika anda masih belum beli tiket flight dan sudah ada cadangan untuk pergi ke destinasi impian. Lagi pun sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 ni, mungkin anda boleh terbang dahulu di dalam negara untuk pergi ke destinasi yang lebih jauh seperti Sabah, Sarawak dan mungkin ada yang ingin melancong ke dalam negara Malaysia.
Jadi jom kita tengok 7 tips menarik nak beli harga tiket flight murah yang dikongsi asalnya daripada Ecoadventura
7 Tips Nak Beli Harga Tiket Flight Murah
#1 – Tempah Tiket Penerbangan Hari Selasa Dan Rabu
#2 – Tempah Awal, Tetapi Jangan Terlalu Awal
Berdasarkan pengalaman, anda kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh anda nak terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke London.
#3 – Hari Terbang Yang Sesuai
#4 – Cari ‘Best Deal’ Untuk Penerbangan Antarabangsa
Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, anda kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.
#5 – Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil
Anda boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya, kalau anda nak ke London, biasanya ramai akan terus pilih untuk mendarat di Heathrow. Lepas ini, jangan turun di heathrow, sebaliknya cuba turun di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. Kemudian, dari Manchester anda naik train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah!
#6 – Buang ‘Cookies’
#7 – Bandingkan Harga
Perbandingan harga itu penting, kalau tidak macam mana nak dapatkan harga tiket termurah dan terbaik kan. Pergi mana-mana laman web ‘trusted’ untuk buat perbandingan, jangan tumpu hanya pada 1 laman web sahaja. Berikut antara laman web yang anda bolehg guna untuk buat perbandingan harga :
- Skyscanner
- CheapFlight
- Momondo
- Kayak
- Google Flight
- Ita Software
sumber : ecoadventura