Tiada Lagi Siaran Animax Di Astro Bermula Januari 2022

By Aiman San

Published On:

Follow Us
Tiada Lagi Siaran Animax Di Astro Bermula Januari 2022

Ini pastinya berita yang mendukacitakan orang ramai terutamanya kepada peminat anime Jepun yang menonton di saluran Astro.

Menurut ciapan di twitter @syafiq_izwan daripada seorang pengguna Astro, beliau memberitahu, siaran Animax HD CH719 akan ditamatkan bermula 1 Januari 2022.

Kenyataan ini dikeluarkan apabila Astro mengumumkan secara langsung di siaran tersebut melalui mesej khusus bagi pengguna Animax.

Tiada Lagi Siaran Animax Di Astro Bermula Januari 2022

Iklan Disini

Kini untuk menonton Anime secara sah bukanlah perkara yang sukar seperti dahulu. Jika sebelum ini, nak menonton Law Of Ueki, Naruto, Dragon Ball dan sebagainya kena langgan Astro.

BACA : Selamat Tinggal KissAnime dan KissManga Untuk Selamanya

Iklan Disini

Kini tidak lagi, apabila sudah banyak platform penstriman telah menawarkan perkhidmatan tersebut malahan ada yang menawarkan tontonan secara percuma seperti di Youtube Muse Malaysia, aplikasi iQIYI dan pelbagai lagi.

Jadi selepas ini, jika tiada lagi siaran Animax di Astro, jangan bersedih kerana banyak lagi platform yang anda boleh tonton malahan kandungannya lebih banyak.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment