Seperti yang diumumkan sebelum ini, pada 31 Oktober 2019, semua perkhidmatan TV Analog akan diberhentikan sepenuhnya diganti dengan TV Digital MyFreeview. Kerajaan juga telah memutuskan mana-mana warga B40 yang layak akan menerima dekoder MyFreeview secara percuma tanpa apa-apa bayaran.
TV Digital MyFreeview akan menggunakan dekoder khas bagi membolehkan anda menonton TV denga kualiti yang lebih baik berbanding TV Analog sebelum ini. Kelebihnya sudah pasti, kualti HD yang diberi, lebih siaran ditawarkan dan yang pastinya tiada caj bulanan yang dikenakan seperti siaran berbayar yang lain. Anda boleh dapatkan dengan sekali bayar sahaja di www.myfreeview.tv
Sehubungan dengan pemakluman penerimaan dekoder secara percuma kepada warga B40, pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (MCMC) sebelum ini memberitahu tarikh agaihan dekoder MyFreeview kepada meraka yang layak bagi warga Sabah dan Sarawak.