Tahniah Aliff Aziz! Senarai Penuh Pemenang GEGAR VAGANZA Musim 8

By Aiman San

Published On:

Follow Us

aliff aziz juara gegarvaganza 8

Syabas Aliff Aziz! Pasti ramai tertanya-tanya siapa yang menang malam ni kan? Ini kerana musim kali ini kita nampak top 3 yang biasa diumumkan setiap minggu adalah hampir orang yang sama.

Inilah kejutan dalam Gegar Vaganza. Ramai yang bertepuk sakan apabila pengumuman telah dibuat oleh pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Aliff Aziz yang menyanyikan lagi Sampai Syurga nyanyian asal Faizal Tahir dan lagu Dealova duet bersama artis jemputan Hafiz Suip telah menewaskan lima peserta lain yang terdiri dariapda Azan Scan, Adibah Nor, Suki Low, Aweera dan Niki Palikat.


Iklan Disini

Senarai Penuh Pemenang GEGAR VAGANZA 8

Juara : Aliff Aziz (83.06%)

Naib Juara : Nikki Palikat (81.26%)

Tempat Ke-3 : Suki Low (77.91%)

Tempat Ke-4 : Adibah Nor (67.25%)

Tempat Ke-5 : Azan Scan (64.04%)

Iklan Disini

Tempat Ke-6 : Aweera (63.90%)

Aliff Aziz juara Gegar Vaganza berjaya merangkul wang tunai RM100,000 dan piala Gegar Vaganza dan sekali gus merangkul Anugerah Bintang Paling Power Meow.

aliff aziz juara gegarvaganza 8
via Instagram Gempak

Naib juara, Nikki Palikat berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000. Dia membawakan lagu Terasing bagi lagu solo dan lagu Mengapa bagi segmen duet bersama Idaya serta menyanyikan lagu rap Gangnam Style bersama Suki Low di segmen battle

Tempat ketiga dirangkul oleh Suki Low yang membawakan lagu Titanium untuk lagu solo dan lagu Jera di segmen duet bersama Shila Amzah serta menyanyikan lagu rap bersama Nikki.

Suki Low berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000 ditempat ketiga beserta piala Gegar Vaganza

Iklan Disini

Tempat keempat diraih oleh Adibah Nor yang berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000 dan piala Gegar Vaganza.

Adibah Nor membawakan lagu Seroja bagi lagu solo dan lagu Kau Di Hatiku di segmen duet bersama Dato’ Zainal Abidin serta menyanyikan lagu rap Kami Rappers bersama Azan Scan di segmen battle

Tempat kelima dimenangi oleh Azan Scan yang membawakan lagu Seribu Tahun Takkan Mungkin untuk lagu solo dan lagu Dilema 03 di segmen duet bersama Shiha Zikir serta menyanyikan lagu rap bersama Adibah Nor.

Azan Scan membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta piala Gegar Vaganza

Aweera berjaya mendapat tempat keenam dan berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 dan piala Gegar Vaganza.

Iklan Disini

Dia membawakan lagu Beggin’ untuk lagu solo dan lagu Sepi di segmen duet bersama Liza Hanim serta menyanyikan lagu rap Bangun bersama juara GV8, Aliff Aziz di segmen battle.

Aweera juga turut memenangi gelaran Bintang CUCKOO Paling gempak di konsert akhir ini serta Anugerah Betul-Betul Luar Biasa DIGI


Iklan Disini

BACA : Senarai Penuh Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) Untuk Tahun 2021

Dalam pentas final, peserta perlu menyelesaikan tiga tugasan iaitu nyanyian solo, duet bersama artis jemputan dan pusingan battle.

Iklan Disini

Kesemua persembahan dinilai oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz, manakala juri jemputan Joe Flizzo

GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Go.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment