Biasa kalau dengar lagu, kadang kita nak menyanyi sekali. Jadi kini sebuah lagi platform striming lagu tampil dengan memperkenalkan tayangan lirik lagu kita lagu dimainkan iaitu Spotify.
Jika sebelum ini, kita hanya strim sahaja lagu-lagu yang ada di Spotify. Anda akan nikmati lagu-lagu yang digemari beserta kualiti tinggi jika anda melanggan Spotify Premium. Sudah pastinya banyak kelebihan berbanding Spotify Free.
Kalau kita mendengar lagu-lagu baru, pastinya ada lirik yang kita masih belum hafal atau kenal pasti. Jadi disebabkan itulah ciri tayangan lirik ini diperkenalkan di Spotify. Mungkin beliau sedar akan persaingan platform lain yang sudah menyediakan ciri ini.