Ya inilah yang berlaku di Fuji-Q Highland dimana, penunggan roller coaster di sana diminta menjerit di dalam hati bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19.
Anda dah biasa naik roller coaster dimana-mana, setidak-tidaknya anda akan menjerit kecil atau mengeluarkan suara bagi melayan keseronakan dan debar ketika menaikinya. Kadang rasa susah sangat untuk senyap sahaja dengan melayan kelajuan roller coaster tersebut.
Tetapi inilah saranan yang dikeluarkan oleh sebuah taman tema di Jepun, Fuji-Q Highland supaya penunggang roller coaster diminta senyap ketika menaikinya dan jangan menjerit. Saranan ini dibuat hasil cadangan daripada persatuan taman tema Jepun.
Tetapi, para pengunjung seperti tidak bersetuju, manakan mungkin mereka akan terus senyap ketika menaiki roller-coaster Fujiyama yang berupaya mencapai kelajuan 130 kilometer sejam sebelum turun serta-merta pada ketinggian 70 meter.
Sila Senyap Ketika Menaiki Roller-Coaster
Disebabkan ketidakpuas hati daripada pengunjung, Taman Tema Fuji-Q Highland mengeluarkan sebuah video yang memaparkan 2 orang pegawai pusat tersebut menaiki roller-coaster tanpa mengeluarkan suara. Ini bagi membuktikan, langkah untuk jerit di dalam hati itu sebenarnya boleh dilakukan.