Siaran Langsung Kedah vs JDT Piala FA 2024 (Separuh Akhir)

By Aiman San

Published On:

Follow Us

Siaran Langsung Kedah vs JDT Piala FA 2024

Pertembungan separuh akhir Piala FA 2024 akan menyaksikan antara Kedah vs JDT yang mana ianya merupakan perlawanan timbal balik pertama.

Perlawanan ini akan berlangsung pada 19 Julai 2024, iaitu pada hari Jumaat bertempat di Stadium Darul Aman. Sepak mula adalah pada jam 8.15 malam.

Iklan Disini

Untuk penonton di rumah, anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara live streaming di Sooka.

Nafuzi Zain, Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman, kini boleh menarik nafas lega kerana semua pemainnya bebas dari kecederaan dan bersedia untuk menghadapi cabaran hebat daripada pasukan gergasi Liga Super tersebut.

Sementara itu, Pengendali JDT, Hector Bidoglio, telah berjaya memastikan pasukannya mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam semua kejohanan setakat ini.

Iklan Disini

Kemenangan besar 12-0 secara agregat ke atas Malaysian University telah memberikan dorongan tambahan kepada JDT ketika mereka bersiap sedia untuk bertandang ke Darul Aman.

Iklan Disini

Tetapi Kedah tidak kurang hebatnya, apabila menang ke atas Sabah dengan aggregat 7-0. Baik bermain di tempat sendiri dan tempat lawan, mereka berjaya menguasai permainan.

Keputusan Perlawanan Kedah vs JDT

Jadi jangan lupa untuk saksikan aksi pertama Kedah vs JDT dalam saingan separuh akhir Piala FA 2024/25 pada 19 Julai ini.

Iklan Disini

FT : Kedah (1) – (2) JDT

  • Oscar Arribas 24′
  • Habib Haroon 87′
  • Romel Morales 90+9′

Masa : 8.15 malam
Venue : Stadium Darul Aman
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Iklan Disini

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment