Siaran Baru SUKE TV Dimasukkan Ke myfreeview dan Drama Sangat Dikeluarkan

By Aiman San

Published On:

Follow Us

Siaran Baru SUKE TV Dimasukkan Ke myfreeview

Iklan Disini

Berita baik kepada pengguna MYTV menerusi Siaran Digital myfreeview apabila sebuah siaran baru diperkenalkan iaitu SUKE TV.

Anda boleh tonton secara percuma mulai mulai hari ini, 28 Mac melalui saluran 116.

SUKE TV diasaskan oleh pengacara terkenal, Dato AC Mizal yang mana ianya merupakan sebuah platform 24 jam yang sedia ada untuk membantu dan menyokong pengalaman membeli belah dan juga hiburan.

Ianya bakal memberikan dorongan kualiti yang unik dan menghasilkan kandungan yang menarik untuk semua penonton apabila terdapat kerjasama antara selebriti tempatan dan influencer serta usahawan berjaya.

Iklan Disini

Jadi pengguna MYTV, sila buat penalaan (tuning) semula bagi mendapatkan SUKE TV ini. Tunggu apa lagi, dapatkan siaran TV percuma ini sekarang.

Dapatkan senarai penuh siaran myfreeview yang ditawarkan secara percuma disini

Beberapa Siaran Telah Dikeluarkan

Walaubagaimanapun, untuk makluman melalui kemaskini terbaru, bagi saluran Drama Sangat (105) ianya telah dikeluarkan dari siaran digital myFreeview.

Bukan sahaja melibatkan siaran tv malah 4 siaran radio juga telah dikeluarkan iaitu Hot fm (721), Buletin fm (722) dan Fly fm (723) serta 8 fm (724).

Iklan Disini

Anda boleh rujuk di laman sesawang rasmi badan penyiar tersebut bagi sebarang maklumat dan pertanyaan.

Bagi yang masih belum dapatkan dekode MYTV, anda boleh dapatkan peranti ini secara sah di https://shopee.com.my/mytvbroadcasting atau layar www.mytvbroadcasting.my. Jika perlu bantuan boleh hubungi 1 300 80 6988

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment