Jika anda seorang kaki teknologi pasti anda kenal kepada Youtuber MKBHD iaitu daripada Youtube Channel Marques Brownlee. Youtube Channel yang kini telah mencapai 10 Juta subscriber dan video lebih terarah kepada dunia teknologi terutamanya smartphone.
MKBHD antara reviewer smartphone terkenal yang berasal daripada Amerika. Setiap smartphone yang keluar di pasaran, beliau adalah antara manusia pertama yang dapat pegang dan menggunakanya lalu membuat review di saluran Youtube nya.
Jadi sempena tahun 2019 yang bakal tutup tidak lama lagi, MKBHD telah mengeluarkan satu lagi video bertajuk Smartphone Awards 2019 iaitu bertujuan mengiktiraf telefon pintar terbaik mengikut pandangan peribadi beliau bagi beberapa kategori. Jadi dalam banyak-banyak senarai tu, smartphone anda dalam senarai tak? Jom kita tengok senarai Smartphone Terbaik 2019 dari sudut pandang MKBHD