Siapkan bantal, tempat baring, kamera, makanan dan minuman supaya anda tidak terlepas untuk melihat fenomena alam Hujan Meteor Quadrantis. Jika sebelum ini penduduk Malaysia merasai pengalaman bersama dengan fenomena alam Gerhana Matahari Anulus, kini tahun 2020, hujan meteor pula berlaku di sini.
Pastinya kita yang bertuah ini tidak mahu lepaskan peluang yang jarang berlaku di Malaysia terutamanya fenomena alama seperti Hujan Meteor ini. Menerus laporan timedate.com fenomena ini berada di kemuncak bermula jam 11 malam (4 Januari 2020) hingga 7 pagi (5 Januar 2020). Dilaporkan juga selama tempoh tersebut lebih 120 hujan meteor yang anda boleh saksikan dalam masa 1 jam.
Fenomena hujan meteor ini sebenarnya bukan semua tempat di Malaysia anda boleh saksikan. Jadi jika anda berada di berdekatan tempat ini, mungkin anda berpeluang untuk saksikan fireball-with-tail (meteor) itu melintasi langit anda.
![]() |
via : falakonline.net |
Dimana kawasan-kawasan tersebut? Jom tengok di bawah
Kawasan ‘Viewing’ Terbaik Untuk Tengok Hujan Meteor Quadrantis
Antara lokasi tersebut adalah :
- Pantai Pasir Klebang, Melaka
- Kuala Selangor
- Ulu Yam, Selangor
- Kuala Kubu Bharu, Selangor
- Pulau Tioman, Pahang
- Pulau Gem, Terengganu
- Pulau Redang, Johor
- Mersing, Johor
- Cameron Highlands, Pahang
- Pantai Malindo, Pulau Pinang
- Kampung Teluk Pelanduk, Seremban
- Sekinchan, Selangor
- Kudat, Sabah
- Broga Hill
- Kota Belud, Sabah
- Tanjung Simpang Mengayau, Sabah