Di Malaysia, semua negeri telah dilaporkan mempunyai pesakit jangkitan COVID-19. Dalam banyak-banyak negeri tersebut, masih ada lagi daerah di beberapa negeri tersebut yang masih “zero” kes COVID-19 atau zon hijau setakat ini.
Setakat ini 12 April 2020 yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 4683 kes positif dicatatkan diseluruh negeri. Dalam kesemua negeri tersebut, negeri Selangor mencatatkan kes positif COVID-19 yang paling ramai iaitu 1236 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur (803 kes) dan Johor dengan 558 kes positif.
Malaysia telah mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 yang lepas lagi. Langkah ini dibuat bagi mengekang dan memutuskan rantaian COVID-19 yang berlaku diseluruh negeri ini. Setakat ini PKP di Malaysia terdapat 3 fasa iaitu bermula :
Fasa 1 : 18 – 31 Mac 2020
Fasa 2 : 1 – 14 April 2020
Fasa 3 : 15 – 28 April 2020
Menurut laporan daripada KKM, langkah ini sepertinya membuahkan hasil walaupun ianya tidak menunjukkan penurunan tetapi ianya tidak menunjukkan kenaikkan. Jadi diharap selepas-selepas ini, harap kes ini menjadi lebih baik.
Senarai Daerah “Zero” Kes COVID-19
Kedah
- Yan
Kelantan
- Machang
Terengganu
- Hulu Terengganu
Sarawak
- Kapit
- Asajaya
- Baram
- Bau
- Belaga
- Dalat
- Daro
- Julau
- Kanowit
- Lundu
- Song
- Saratok
- Lubok Antu
- Meradong
- Pakan
- Tatau
- Selangau