Jepun bukanlah negara Islam dan pastinya sedikit sukar untuk dapatkana tempat yang menyediakan makanan halal di Jepun. Tetapi sebenarnya dari tahun ke tahun Jepun sepertinya menjadi negara lebih mesra muslim.
Jika sebelum ini, ada dikongsikan bagaimana Jepun menginovasikan sebuah lori yang dijadikan surau bergerak bagi memudahkan orang Islam untuk solat. Selain itu, telah sediakan ruang solat di beberapa R&R di beberapa Lebuhraya dan sebagainya. Jadi tidak tertinggal juga dengan penyediaan makanan halal.
Jadi dengan itu, disini anda boleh jadikan rujukan senarai 10 tempat yang menyediakan makanan halal di Jepun.
Contents
- 1 10 Restoren Yang Menyediakan Makanan Halal Di Jepun
- 1.1 #1 – Restoren Malaysia Boleh (Osaka)
- 1.2 #2 – Chicken Man (Ueno, Tokyo)
- 1.3 #3 – Coco Ichiban Ya Curry House (Akihabara, Tokyo)
- 1.4 #4 – La Toque (Narita Airport, Terminal 2)
- 1.5 #5 – Ayam-Ya (Osaka / Ueno / Kyoto)
- 1.6 #6 – Narita-Ya (Asakusa / Gion / Osaka City)
- 1.7 #7 – Malayschan (Ikebukuro, Tokyo)
- 1.8 #8 – Hanasaka Jiisan (Shibuya, Tokyo)
- 1.9 #9 – PY Halal Kitchen (Nara)
- 1.10 #10 – Sushi-Ken (Asakusa, Tokyo)
10 Restoren Yang Menyediakan Makanan Halal Di Jepun
#1 – Restoren Malaysia Boleh (Osaka)
Restoren ini milik orang Jepun sendiri yang bernama Shingo. Beliau telah membuka restoren ini lebih 15 tahun dan beliau sangat sukakan masakan Malaysia. Lokasinya adalah disebelah Umeda Sky Building di Osaka
#2 – Chicken Man (Ueno, Tokyo)
Katanya kalau anda lalu disini, mereka akan gunakan trademark “Zizan makan sini” lagi-lagi kalau orang Malaysia. Mereka menyediakan ayam goreng panas-panas dan sedap dimakan. Ianya terletak di Ameyoko Market, Ueno
#3 – Coco Ichiban Ya Curry House (Akihabara, Tokyo)
Ianya berada di dunia anime dan video games iaitu di Akihabara. Jadi kalau anda lapar selepas dah layan anime, shopping video games dan sebagainya disini, anda boleh singgah disini dan rasa Japanese Curry mereka. Ianya 100% halal.
#4 – La Toque (Narita Airport, Terminal 2)
Di airport juga sebenarnya ada restoren halal yang anda boleh isi perut ketika tunggu penerbangan pulang. Katanya portion yang diberi besar dan boleh makan sehingga 3 orang kalau mengikut pengalaman perkongsian daripada orang ramai. Pukul 8 pagi dah buka pun.
#5 – Ayam-Ya (Osaka / Ueno / Kyoto)
Dah sampai Jepun, mestilah rasa makanan terkenal di sana iaitu Ramen. Tetapi bukan semua yang halal tau. Jadi anda cari je restoren Ayam-Ya ni. Jika di Ueno ianya terletak berdekatan masjid As Salam. Sedap!
#6 – Narita-Ya (Asakusa / Gion / Osaka City)
Selain daripada Ayam-Ya, Narita-Ya juga menyediakan ramen halal. Jika di Tokyo, anda boleh cari di kawasan Sensoji Temple Asakusa dan di Gion geisha town Kyoto. Disini juga disediakan surau untuk anda menunaikan solat. Senang kan.
#7 – Malayschan (Ikebukuro, Tokyo)
Katanya, pemilik restoren ini adalah seorang makcik yang pernah tinggal di Malaysia selama 15 tahun. Ramai pelajar Malaysia yang belajar di Jepun buat part time di restoren ini. Lokasi restoren ini di bahagian west gate ikebukuro dalam 10 minit jalan kaki dari stesen.
#8 – Hanasaka Jiisan (Shibuya, Tokyo)
Katanya restoren ini sedikit tersorok dan agak susah untuk cari. Jadi anda kene berusaha sikit. Daging yang digunakan dalam kualiti yang terbaik dan walaupun sedikit mahal tetapi berbaloi. Ramai yang sanggup heret kaki untuk datang disini.
#9 – PY Halal Kitchen (Nara)
Bandar yang terkenal dengan rusa liar di Jepun iaitu Nara. Lokasi restoren ini berdekatan dengan Nara Deer Park dan Kintetsu Nara Station. Restoren ini juga menyediakan surau.
#10 – Sushi-Ken (Asakusa, Tokyo)
Sampai di Jepun juga tak sah kalau tak cuba sushi. Disini kene ingat, bukan semua suhsi halal yang mana mungkin dicampur dengan alcohol. Jadi di Sushi-Ken ini menyediakan halal sushi. Jadi anda boleh cuba. Restoran ini terletak berdekatan Sensoji Temple.