Kepada peniaga yang terkesan sepanjang PKP ini, kini anda sudah boleh memohon Geran Khas PRIHATIN yang dibayar secara one-off kepada peniaga sendiri.
Geran Khas PRIHATIN (GKP) ini merupakan bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19 yang sedang melandan kini. Ianya diumumkan sebelum ini melalui Pakej Ransangan Ekonomi PRIHATIN Rakyat (PRIHATIN PKS).
Contents
Siapakah Yang Layak Memohon GKP?
- Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
- Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
- Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik; dan
- Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan
- Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan
- Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia
Cara Memohon GKP
Langkah-Langkah Permohonan
1. Pendaftaran Akaun GKP
2. Mula Buat Permohonan
Selepas selesai buat pendaftaran, boleh sambung untuk memohon di pautan yang sama gkp.hasil.gov.my