Mesti ramai yang terjura jika ingin bercuti dengan menaiki kapal terbang, lagi-lagi jika anda buat pertama kali menaiki kapal terbang dalam hidup. Pastinya keterujaan itu mestilah diungkap dengan keadaan flight yang baik dan menarik seperti yang dibayangkan sebelum menaikinya.
Tetapi tahukah anda, keadaan di dalam flight ada bahagian yang kita rasa menarik tetapi hakikatnya tidaklah seperti yang dibayangkan. Baru-baru ini, ada seorang peramugari berkongsikan ciapan di Twitternya dimana memberitahu ada 1 kerusi di dalam kapal terbang dimana ianya tidak disediakan tingkap. Jadi pada bahagian itu tiada tingkap sebaliknya hanya dinding kosong sahaja.
Pastinya mereka yang terujua bertukar resah apabila dapat tahu, seat mereka adalah pada kedudukan tersebut. Nak tengok pemandangan daripada tempat tinggi dan tak boleh. Kecewalah sepanjang penerbangan. Bayangkanlah sekiranya ia penerbangan yang panjang lebih daripada 5 jam. Tidur atau tengok monitor je la kan.
Jadi sekiranya anda berpeluang untuk memilih seat yang baik seperti di sayap kapal terbang dan seat sebelah tingkap, anda kene tahu no seat tersebut. Jadi disini, disertakan cara untuk anda semak no seat yang baik bagi semua Airlines seperti yang terkenal di Malaysia iaitu AirAsia dan Malaysia Arlines
Cara Semak No Seat Terbaik Sebelum Naik Flight
- Anda pergi ke laman web www.seatguru.com
- Kemudian pilih Airlines
- Disini lah anda boleh pilih Airlines yang anda ingin seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Lion Air, Japan Airlines dan sebagainya
- Akhirnya pilih sahaja jenis Kapal Terbang yang ada pada Airlines tersebut dan klik pada jenis tersebut.
- Seterusnya akan disenaraikan kedudukan seat beserta informasi.
![]() |
sumber : seat 8A |
setuju. masa nak book seat tu ada gambar so boleh tengok dulu mana yg dekat sayap, etc