Dalam Belanjawan 2020 baru ini, Menteri Kewangan telah mengumumkan dimana golongan B40 akan menerima subsidi petrol di bawah Program Subsidi Petrol (PSP) bagi tahun 2020. Program ini dikelola di bawah Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP).
Tujuan Program Subsidi Petrol (PSP) ini adalah bagi meringankan beban isirumah berpendapatan rendah (B40) melalui pengagihan semula subsidi petrol. Ia adalah satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrolnya.
Buat masa tahun 2019 ini, Kerajaan telah memberi subsidi petrol kepada semua golongan sehingga kini RON95 masih diapung pada harga RM2.08 seliter dan DIESEL pada harga RM2.18 selitar. Jadi harga sebenar tanpa subsidi pastinya lebih mahal. Bermula 2020, Kerajaan telah mengumumkan tiada lagi subsidi bagi RON95 dan DIESEL, jadi inisiatif PSP inilah menjadi jalan terbaik bagi golongan yang patut menerima subsidi petrol ini.
Contents
Apakah Kadar Bentuk Kewangan Di Bawa Program Subsidi Petrol (PSP) ini?
- Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 sebulan bagi pemilik kereta atau RM12 sebulan bagi pemilik motosikal, terhad kepada salah satu kadar yang lebih tinggi.
- Individu yang mempunyai lebih daripada satu kenderaan hanya layak menerima subsidi untuk satu kenderaan sahaja mengikut kadar yang lebih tinggi.
- Sebagai contoh, seorang bapa yang memiliki dua kereta dan dua motosikal untuk kegunaan isteri dan anak-anaknya hanya layak menerima bantuan subsidi petrol maksimum RM30 sebulan. Bagi individu yang memiliki dua motosikal hanya layak menerima bantuan subsidi petrol maksimum RM12 sebulan.
Siapa Yang Layak Menerima Program Subsidi Petrol (PSP)?
- Merupakan penerima BSH beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja;
- Memiliki kenderaan persendirian yang berdaftar dan mempunyai Lesen Kenderaan Motor yang masih sah;
- Sad pemilikan kenderaan individu adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal; dan
- Kelayakan berdasarkan kepada salah satu kriteria kapasiti enjin kenderaan seperti berikut:
- Kereta <= 1,600cc
- Kereta > 1,600cc dan berumur >= 10 tahun
- Motosikal <= 150cc
- Motosikal > 150cc dan berumur >= 7 tahun.