Selangor Benarkan 50 Jemaah Solat Sunat Aidilfitri Serta Mengutamakan Penerima 2 Dos Vaksin

By Aiman San

Published On:

Follow Us

Selangor Benarkan 50 Jemaah Solat Sunat Aidilfitri Serta Mengutamakan Penerima 2 Dos Vaksin

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hanya membenarkan 50 jemaah termasuk pentadbir bagi menunaikan Solat Sunai Aidiladha di 6 jenis kategori masjid.

Antara 6 kategori masjid yang telah mendapat kebenaran tersebut adalah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (masjid negeri), Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya, Masjid Pengurusan, Masjid Institusi dan Masjid Kariah.

Manakala seramai 40 jemaah dibenarkan termasuk pentadbir bagi surau kebenaran Jumaat sahaja. Untuk Surai kariah tidak dibenarkan melaksanakan solat Aidiladha

Iklan Disini

Selain itu, berdasarkan pekeliling yang diedarkan kepada semua masjid dan surau, mereka yang telah menerima 2 dos suntikan vaksin akan diutamakan bagi mengerjakan solat sunat hari raya berikutan kes penularan COVID-19 masih tinggi di Selangor

Jadi Solat Sunat Aidiladha yang dibenarkan dilakukan di masjid, surau dan rumah kediaman sahaja. Tempat terbuka lain adalah tidak dibenarkan. 

Iklan Disini

Waktu solat sunai Aidiladha bagi seluruh negeri Selangor adalah bermula pukul 8.30 pagi.

Takbir Hari Raya Aidiladha Dibenarkan

Amalan sunat takbir pada malam raya, pada hari raya dan sepanjang hari-hari tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dibenarkan dilaksanakan di masjid dan surau oleh pegawai dan jawatankuasa.

Namum, aktiviti ziarah perkuburan Islam yang lazimnya diamalkan pada pagi hari raya adalah tidak dibenarkan.

Iklan Disini

sumber : KOSMO

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment