Setakat artikel ini ditulis, terdapat 17 daerah sudah berada di dalam zon merah bagi seluruh Malaysia yang melibatkan beberapa negeri.
Sehingga kini Malaysia telah mencatatkan kes positif COVID-19 sebanyak 3483 orang dengan 57 kematian. Yang paling tidak enak didengar apabila menjadi negara Asia Tenggara yang merekodkan jangkitan virus yang paling banyak.
Bagi membendung dan memutuskan rantaian virus ini. Kerajaan telah mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac hingga 14 April 2020. Jika keadaan semakin parah, seperti terjadi dibeberapa daerah seperti Simpang Renggam dan Hulu Selangor yang diarahkan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan kes positif yang membimbangkan.
17 Daerah Dalam Zon Merah
Senarai 17 Daerah Zon Merah
- Hilir Perak – 61 kes
- Kinta – 82 kes
- Petaling – 308 kes
- Hulu Langat – 307 kes
- Gombak – 77 kes
- Klang – 88 kes
- Kepong – 104 kes
- Lembah Pantai – 367 kes
- Titiwangsa – 86 kes
- Seremban – 146
- Batu Pahat – 47 kes
- Johor Bahru – 137 kes
- Kluang – 135 kes
- Jerantut – 58 kes
- Kota Bharu – 82
- Kuching – 155 kes
- Sentiasa berada dan duduk di rumah
- Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau gunakan hand sanitizer
- Jarakkan diri 1 meter daripada orang lain (social distancing)
- Amalkan pembelian dan pembayaran dalam talian