Jika anda tidak lulus bagi permohonan BSH baru-baru ini, anda kini boleh buat Rayuan BSH bermula 7 Ogos 2020 secara online atau melalui semua Cawangan LHDNM seluruh Malaysia.
Pada 24 Julai 2020 yang lepas, Kerajaan telah membuat pembayaran bagi Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa 3 kepada mereka yang layak. Dalam masa tersebut, ternyata ada mereka yang berstatus tidak lulus dengan beberapa sebab yang dipaparkan.
Jadi jika anda tergolong dalam mereka yang berstatus tidak lulus, anda boleh buat permohonan rayuan sepanjang tempoh yang ditetapkan.
Tempoh permohonan rayuan bagi Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) untuk tahun 2020 adalah bermula 7 Ogos (Jumaat) sehingga 6 September 2020 (Ahad). Permohonan rayuan boleh dibuat melalui mana-mana cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau di UTC. Permohonan secara online hanya bagi berstatus tidak lulus tertentu sahaja seperti senarai dibawah. Selain daripada itu, pergi ke cawangan LHDNM.
Jadi sebelum anda pergi ke cawangan LHDNM, anda perlu siapkan dokumen yang diperlukan mengikut kod tidak lulus serta alasan yang dipaparkan sebelum ini.
Contents
Permohonan Rayuan Secara Online
Jadual pembukaan kaunter LHDNM bermula 7 Ogos hingga 6 September 2020 bagi cawangan seluruh Malaysia
Kod Tidak Lulus dan Dokumen Sokongan BSH 2020
Sebagai contoh :-
Kod Tidak Lulus – 05
Alasan – Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang
Tindakan/ Dokumen Sokongan yang diperlukan – Semakan status OKU akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilanti oleh MOF atau jika tidak wujud, dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah :
- Kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)