Berita baik bagi rakyat Malaysia, dimana selain daripada penerima BSH, golongan bukan penerima BSH juga layak mendaftar Skim Perlindungan Kesihatan Nasional, mySalam. Kini bantuan diperlua kepada golongan ini dan bakal membawa manfaat kepada 8 juta individu bagi tahun 2020.
Skim Perlindungan Kesihatan Nasional atau mySalam ini merupakan inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada rakyat. Jadi jika ada sebarang masalah berkaitan kesihatan, sedikit sebanyak mySalam ini dapat meringankan beban kos yang mungkin ditanggung oleh individu tersebut.
mySalam telah diperkenalkan bermula 2019 yang pada awalnya ditawarkan hanya kepada golongan penerima BSH yang berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun. Kini bermula 2020, Kerajaan berbesar hati bagi membuka permohonan juga kepada bukan penerima BSH yang berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahaun.
Perlindungan mySalam ini diberikan secara PERCUMA
Contents
Syarat Penerima Skim mySalam
Penerima BSH | Bukan Penerima BSH |
---|---|
Berumur antara 18 – 65 tahun | Berumur antara 18 – 65 tahun |
Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun | Berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun |
Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun | – |
Cara Memohon mySalam
Berapa Tuntutan Yang Diterima Melalui mySalam
Senarai Penyakit Kritikal Yang Boleh Buat Tuntutan Melalui mySalam
Antara senarai penyakit kritikal tersebut adalah
- Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
- Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
- Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu
- Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Pembedahan Otak
- Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
- Kardiomiopati – Keterukan Tertentu
- Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
- Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
- Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
- Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
- AIDS Dengan Gejala Penuh
- Hepatitis Viral Fulminan
- Serangan Jantung – Keterukan Tertentu
- Pembedahan Injap Jantung
- Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
- Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- Hilang Keupayaan Bertutur
- Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
- Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
- Sklerosis Multipel
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan Anggota
- Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu
- Penyakit Arteri Koronari Serius
- Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
- Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu
- Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
- Penyakit Terminal (Membawa Maut)
- Penyakit Sistik Medular
- Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
- Poliomielitis
- Skleroderma Progresif
- Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
- Elefantiasis (Penyakit Untut)
- Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)
Cara Membuat Tuntutan
#1. Tuntutan penyakit kritikal
- Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
#2. Tuntutan hospitalisasi
- Salinan Nota Discaj
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Tempoh Dan Bagaimana Bayaran Diterima?
Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan di atasa ialah 10 hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap. Jika lulus, tuntutan tersebut akan dimaklumkan melalui SMS dan portal mySalam sendiri. Bayaran juga akan dibuat dengan mengkreditkan tunai secara terus ke dalam akaun penerima manfaat.