Kepada syarikat atau pemilik premis, Kerajaan bercadang untuk mewajibkan menggunakan aplikasi MySejahtera. Jadi kalau anda tiada lagi, anda boleh tengok sini cara mudah untuk buat Kod QR MySejahtera.
Antara langkah proses pengesanan kontak rapat jika berlaku apa-apa jangkitan COVID-19 ini adalah menerusi aplikasi MySejahtera. Jika anda pergi ke mana-mana premis perniagaan sebagai contoh, anda kena scan atau imbas Kod QR bagi memberi tahu anda pernah sampai ke tempat tersebut. Jadi jika berlaku apa-apa penularan, mudah KKM untuk mengesan individu yang mungkin berjangkit dengan virus tersebut.
Tambahan pula, Kerajaan akan mewajibkan setiap syarikat atau pemilik premis menyediakan Kod QR di tempat mereka dan orang ramai juga perlu imbas kod tersebut jika ingin masuk ke premis tersebut.
Jadi jika anda ada kedai, pejabat, atau buat event seperti kenduri sekali pun, anda perlu sediakan Kod QR dikawasan anda tersebut. Kalau tak buat lagi, jom tengok langkah mudah dan cara nak buat Kod QR MySejahtera.
Cara Buat Kod QR MySejahtera
- Username
- Nama kedai atau majlis
- No telefon
- Alamat kedai atau majlis
- Poskod
- Negeri