Akhir selepas filem pertama Train To Busan mendapat sambutan luar biasa, akhirnya kini anda sudah tonton trailer sequel daripadanya Train To Busan 2 : Peninsula.
Akhirnya selepas beberapa tahun diumumkan berkaitan Train To Busan 2 sebelum ini, anda sudah boleh saksikan gambaran awal bagaimana kesinambungan cerita ini setelah seluruh Korea kini sudah dijangkiti virus dan bertukar menjadi Zombie yang ganas.
Jika anda masih ingat, pengakhiran Train To Busan 2016 sebelum ini dimana hanya 2 watak sahaja selamat sampai ke Busan iaitu Seong-kyeong dan juga seorang kanak-kanak Soo-an.
Filem 2016 tersebut menceritakan dimana mereka bergerak ke Busan bagi mencari perlindungan yang katanya disana merupakan kawasan selamat tetapi terpaksa menghadapi ancama Zombie sepanjang perjalanan di dalam dan luar kereta api.
Sebelum ini, Train To Busan 2 dijangka menemui peminat di pawagam pada Ogos 2020 tetapi sehingga kini masih tiada lagi tarikh yang sebenar dikeluarkan tambahan lagi dengan krisis dunia COVID-19 ini.