Mungkin anda rasa risau dan takut kalau-kalau mungkin anda terkena jangkitan COVID-19 ini. Jadi anda nak pergi hospital untuk check dan buat saringan. Tengok dulu ciri-ciri yang disenaraikan ini dulu.
Perasaan ini bagus sebenarnya anda cakna dengan isu persekitaran dan juga cakna dengan keadaan sekeliling. Ya la kan, takut kalau anda positif, mungkin orang berdekatan atau ahli keluarga anda lain juga positif COVID-19.
Tetapi sebenarnya ada beberapa keadaan yang melayakkan anda untuk pergi buat saringan di hospital seperti yang dikongsikan oleh Wan Ahmad Zhafran di facebook bagaimana nasihat Dr Zhafran, daripada Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang.
Contents
Jawab Soalan Ini Dulu Sebelum Anda Pergi Buat Saringan Atau Check Di Hospital
1. Anda Ada Flu Symptoms?
2. Anda Ada Pergi Ke Mana-Mana Negara Atau Kawasan Yang Ada Kes COVID-19 Dalam Masa 14 Hari Ii?
3. Anda Ada Close Contact Dengan Sesiapa Yang Anda Tahu Positif COVID-19?
- Contact melalui telefon dan whatsapp, jerit “hai pakcik” dari jauh, anda berjalan dekat supermarket dan orang sebelah anda batuk (anda tak tahu pun orang tu siapa dan betul ke dia sakit) SUSPICION / ASSUMPTIONS TAK DIKIRA
- Orang yang SUDAH DISAHKAN positif COVID-19 takkan berada selain di Hospital, jadi sekiranya ada saudara atau kenalan anda yang POSITIF COVID-19, dia akan dimasukkan ke dalam wad dan anda akan tahu.
- Orang yang SUSPECTED COVID pun (PUI) setelah diambil sampel di Hospital, dia sepatutnya kuarantin di hospital atau di rumah masing-masing. Tak sepatutnya dia berjalan-jalan di tempat awam.
Keputusan Melalui Soalan-Soalan Tersebut
0 Point
- Anda berisiko rendah dijangkiti COVID-19
- Duduk diam-diam di rumah (ikuti arahan Perintah Kawalan Pergerakan), elakkan daripada keluar rumah. Anda jangan ingat anda berisiko rendah, anda boleh keluar pula ya.
1 Point
- Anda berisiko sederhana dijangkiti COVID-19
- Duduk diam-diam di rumah, self quarantine 14 hari dan monitor symptoms anda. Sekiranya semakin teruk setelah 5-7 hari, datang ke hospital untuk rawatan. (Kebanyakan demam biasa akan baik dalam masa 1 minggu)
2 Dan 3 Points
- Anda berisiko tinggi untuk dapat jangkitan COVID-19
- Anda patut keluar rumah sekarang dan pergi check up dengan segera di hospital
- Pesakit dalam golongan yang ini doktor akan buat ujian saringan (swab)
- Pesakit yang ada dalam golongan ni jangan pula degil taknak check, kesian pada ahli keluarga anda.
- Symptoms ada sejak bila
- Anda pulang dari mana dan bila tarikhnya
- Siapa positive COVID-19 contact tersebut, hubungan anda dengan dia, dia dirawat di mana, bila anda berjumpa dengan dia dan anda buat apa dengan dia (salam, peluk,)
Penutup
- Mengelakkan anda dijangkiti COVID-19 secara tidak sengaja melalui unnecessary gathering di Hospital
- Mengelakkan orang yang sepatutnya dapat rawatan, jadi tak dapat rawatan disebabkan ramai sangat orang di hospital
- Melancarkan urusan pengesanan kes di hospital
Ataupun anda boleh buat Self Assesment untuk check di pautan yang disediakan oleh pihak KKM di pautan ini www.doctoroncall.com.my/coronavirus/ alert-success