Itulah kuasa penonton. Hari ini mereka telah lancarkan sebuah petition bagi menyingkirkan Ajai sebagai juri tetapi di dalam program nyanyian Big Stage 2020 disebabkan ketidakpuashati komen beliau terhadap salah seorang peserta pertandingan tersebut.
Kini ‘remove ajai as jury’ juga trending di Twitter disebabkan berlakunya kontroversi di dalam pertandingan Big Stage 2020 bagi minggu pertama. Perkara ini trending disebabkan pengguna twitter meluarkan rasa kurang senang terhadap apa yang disampaikan oleh salah seorang juri tetap di dalam rancangan realiti tv terbitan Astro tersebut.
Pada malam tersebut, peserta tersebut dikatakan ‘off-tune’ sepanjang nyanyian tersebut serta beberapa komen lain dan sekali gus mendapat markah terendah iaitu 2% daripada Ajai. Manakala daripada juri tetap lain ialah 54% daripada Dayang Nurfaizah dan 78% daripada Faizal Tahir
Petition Remove Ajai As Jury Dilancarkan
Pengguna yang menggunakan nama sebagai helmi saad telah melancarkan sebuah partition di change.org dengan tajuk Remove Ajar as Jury Member – Big Stage 2020 dengan harapan mengumpul banyak tandangan daripada orang ramai terutamanya penonton Big Stage 2020 yang menonton rancangan tersebut. Ini bertujuan supaya pihak Astro singkirkan Ajai sebagai salah seorang juri tetap dalam program tersebut.
Sehingga saat ini, terdapat 2652 orang yang telah menandatangani petisyen tersebut.
Helmi Saad telah meluahkan rasa tidak puas hati tersebut melalui petition yang dibuat.
Program Big Stage merupakan pertandingan nyanyian bagi artis yang baru sahaja bertapak di industri hiburan tanah air yang digelar juga Budak Baru Nak Up (BBNU). Jadi kesemua peserta ini adalah yang masih fresh dan baru mula menyanyi.
Anda boleh saksikan Big Stage Musim Ke-3 2020 setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro RIA dan RIA HD.
Apa komen anda berkaitan perkara ini?