Qatar Airways mengumumkan berita gembira, dimana mereka akan beri hadiah tiket penerbangan secara percuma kepada seluruh frontliners seluruh dunia. Tiket percuma ini diberi kepada 100,000 petugas barisan hadapan.
Hadiah ini akan diberi kepada kepada profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia sebagai menghargai jasa dan pengorbanan dalam membantu merawat pesakit yang dijangkiti pandemik COVID-19.
Qatar Airways akan mula beroperasi tidak lama lagi selepas terpaksa berhentikan penerbangan disebabkan pandemik ini yang melanda seluruh dunia
Tawaran Tiket Percuma Dariapda Qatar Airways
- Akan diberi 2 tiket ekonomi pergi dan balik ke mana sahaja destinasi seluruh dunia yang dikendalikan Qatar Airways
- Menerima diskaun 35% Qatar Duty Free outlets, Hamad International Airport di Doha
Jika anda menerima kod promosi ini kelak, pastikan anda membawa employment card ketika travel. Ianya tujuan verifikasi. Cepat mohon dan dapatkan kod promosi tersebut di laman web qatarairways.com/ThankYouHeroes