Melalui post di Facebook, Public Health Malaysia merakamkan kekecewaan dan kesedihan atas peserta perhimpunan mahkamah yang berkumpul beramai-ramai tanpa ikuti SOP yang ditetapkan.
Sebentar tadi, dilaporkan lebih 700 peserta perhimpunan mahkamah berkumpul beramai-ramai bagi menunjukkan sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak yang telah pun disabitkan kesalahan atas kes SRC yang telah berlansung lebih 2 tahun. Mereka datang beramai-ramai sebagai pemberi semangat kepada pemimpin kesayangan mereka.
Semangat yang ditunjukkan sudah bagus tetapi bukan pada tempatnya. Ini kerana, Malaysia masih lagi berperang dengan pandemik COVID-19 yang kini sedang menunjukkan kenaikan kes sehingga 2 digit. Di tambah pula dengan himpunan yang tiada penjarakan sosial seperti itu.
Sedih Dengan Peserta Perhimpunan Mahkamah
Justeru itu, dengan rendah diri Public Health Malaysia memohon kepada semua peserta perhimpunan supaya selepas ini,
- Jika bergejala segera lakukan saringan
- Amalkan penjarakan sosial
- Pemakaian pelitup muka di tempat awam
- Tidak meninggikan risiko orang terdekat
Tinggalkan lah masalah politik seketika, ini kerana musuh nyata kini adalah COVID-19 yang hanya boleh dilawan bila kita semua bersatu ikuti segala SOP yang ditetapkan. #KitaJagaKita