Pada isnin, 30 Mac 2020 akan dimulakan proses nyah cemar atau disinfection process COVID-19 bagi seluruh negara bermula pada hari tersebut.
Proses ini telah dilaporkan melalui pautan Awani dimana Kerajaan akan melaksanakan proses nyah cemar di seluruh negara bermula isnin ini di kawasan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi dan juga secara rumah ke rumah terutaman di Projek Perumah Rakyat (PPR).
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, proses ini boleh dijalankan serentak di seluruh negara dengan kerjasama dan diselaraskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Menurutnya lagi, beliau berharap pihak PBT di daerah masing-masing perlu laksana di kawasan masing-masing termasuk di jabatan kerajaan tetapi keutamaan di tempat-tempat awam kemudian barulah di kawasan perumahan.