PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur Dan Sabah Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020

By Aiman San

Published On:

Follow Us

PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur Dan Sabah Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020

Seperti yang diumumkan melalui sidang media harian, PKPB bagi negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Jika diikut daripada jadual awal bagi arahan PKPB di 3 negeri ini ianya sepatutnya akan berakhir pada 20 Disember 2020. Tetapi mengikut keadaan ianya terpaksa dilanjutkan. Ini melibatkan seluruh kawasan di Kuala Lumpur, seluruh daerah di Selangor kecuali Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor dan akhirnya untuk seluruh negeri Sabah.

Iklan Disini

Jika dilihat daripada kes harian yang diumumkan menunjukkan kawasan-kawasan ini masih mencatatkan kes jangkitan COVID-19 yang tinggi. Pada 18 Disember 2020 sahaja, Kuala Lumpur telah mencatatkan penambahan sebanyak 197 kes manakala di Selangor sebanyak 692 kes dan di Sabah sahaja telah mencatatkan penambahan sebanyak 260 kes jangkitan.

Disebabkan itulah, ketiga-tiga negeri ini dilanjutkan dalam arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sehingga 31 Disember 2020.

PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur Dan Sabah Dilanjutkan

PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur Dan Sabah Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020

Iklan Disini

PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur Dan Sabah Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020

Iklan Disini

PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur Dan Sabah Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020

Walaupun lanjutan PKPB di beberapa lokaliti dan negeri seluruh Malaysia, Kerajaan masih membenarkan rentas daerah dan negeri bagi kawasan ini yang bermula pada 7 Disember 2020 yang lepas. Tetapi hanya kawasan di bawah PKPD sahaja tidak dibenarkan.

Iklan Disini

Ingat, perang melawan COVID-19 masih belum berakhir. Jangan keluar rumah jika tiada urusan penting. Dan jika keluar pastikan mengikut semua arahan dan SOP yang ditetapkan oleh pihak MKN dan KKM.

Sentiasa memakai face mask, kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer dan paling penting jaga penjarakan fizikal 1 meter.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment