PKP Dilanjutkan Hanya Melibatkan Selangor, Kuala Lumpur, Johor Dan Pulau Pinang Sahaja

By Aiman San

Published On:

Follow Us

PKP Dilanjutkan Hanya Melibatkan Selangor, Kuala Lumpur, Johor Dan Pulau Pinang Sahaja

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan hanya melibatkan Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang bermula 19 Februari hingga 4 Mac 2021 iaitu selama 2 minggu lagi.

Pengumuman ini dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media sebentar tadi berkenaan status dibeberapa negeri. 

Selain daripada itu, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Kedah, Labuan, Putrajaya dan Sabah akan bertukar status kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) juga sehingga 4 Mac 2021 manakala Perlis bertukar status kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) juga sehingga 4 Mac. Walaubagaimanapun, PKPB di Sarawak akan bermula 15 Februari hingga 1 Mac 2021.

pkp pkpb pkpp 4 mac 2021

Iklan Disini

pkp pkpb pkpp 4 mac 2021

pkp pkpb pkpp 4 mac 2021

Dalam pengumuman itu juga, Menteri Keselamatan mengumumkan MKN bersetuju untuk membatalkan had pergerakan 10 km radius bagi seluruh negeri termasuk di negeri PKP. Larangan rentas negeri dan daerah masih dikekalkan di seluruh negeri.

Iklan Disini

Tambahan lagi, segala SOP bagi arahan terbaru ini sama seperti yang diumumkan ketika PKP 2.0 berlangsung sebelum ini. 

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment