Berita baik untuk peminat Pizza Hut, kini anda boleh buat pesanan atau order Pizza dengan hanya menggunakan Whatsapp sahaja. Pastinya lebih mudah dengan hanya hantar teks sahaja.
Pengumuman ini dibuat pada awal September yang lepas dimana Pizza Hut memberitahu bermula 7 September 2020, selain daripada order secara online di website, kini anda boleh buat order pizza dengan hanya hantar text melalui Whatsapp sahaja.
Perkhidmatan ini dikenali sebagai Pizza Hut Easyorder. Selain itu, Pizza Hut juga telah mengubah warna rasmi logo Pizza Hut iaitu warna merah kepada warna hijau iaitu sama warna dengan logo Whatsapp dan diguna pakai di facebook dan juga twitter Pizza Hut Malaysia. Menarik bukan!