Kerajaan melalui Perdana Menteri telah mengumumkan perintah kawalan pergerakan bagi semua rakyat Malaysia bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 disebabkan pandemik COVID-19.
Kita sedia maklum, pandemik COVID-19 telah merebak di 135 buah negara. Seramai 162,711 orang telah disahkan positif Covid-19 di seluruh dunia. Daripada jumlah ini, seramai 6,443 orang telah meninggal dunia.
Di Malaysia, telah berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, iaitu 190 kes semalam, disusuli 125 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak ini adalah sebanyak 553 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih.
Adakah Perintah Kawalan Pergerakan dan Lockdown adalah sama??
Contents
- 1 Perintah Kawalan Pergerakan Di Malaysia
- 1.1 1. Larangan Menyeluruh Pergerakan Dan Perhimpunan Ramai Di Seluruh Negara
- 1.2 2. Sekatan Menyeluruh Semua Perjalanan Rakyat Malaysia Ke Luar Negara.
- 1.3 3. Sekatan Kemasukan Pelancong
- 1.4 4. Penutupan Sekolah
- 1.5 5. Penutupan Semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)
- 1.6 6. Penutupan Semua Premis Kerajaan Dan Swasta
- 2 #Hubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara
Perintah Kawalan Pergerakan Di Malaysia
1. Larangan Menyeluruh Pergerakan Dan Perhimpunan Ramai Di Seluruh Negara
kecuali
- Pasaraya
- Pasar awam
- Kedai runcit dan
- kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian
Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.
2. Sekatan Menyeluruh Semua Perjalanan Rakyat Malaysia Ke Luar Negara.
Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;
3. Sekatan Kemasukan Pelancong
Kerajaan mengumumkan sekatan kepada semua pelancong dan pelawat asing ke alam negara Malaysia.
4. Penutupan Sekolah
5. Penutupan Semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)
Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara
6. Penutupan Semua Premis Kerajaan Dan Swasta
Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.