Siti Rosmizah merupakan penulis novel bagi tajuk 7 Hari Mencintaiku dan 7 Hari Mencintaiku 2 memberitahu Berita Harian dimana, jalan cerita 7 Hari Mencintaiku Musim 3 sudah disiapkan dan akan bermula pengembaraan pada tahun 2022 kelak.
Dalam pada itu, penulis novel itu juga meluahkan rasa bangga apabila drama TV3 yang merupakan adaptasi daripada novelnya itu telah mendapat lebih 12 juta penonton sepanjang tayangan 33 episod dan 5 juta penonton pada episod akhir itu sahaja.
7 Hari Mencintaiku 2 telah ditayangkan di TV3 melalui slot Akasia yang dimainkan setiap isnin hingga jumaat pada pukul 7 malam. Selain itu, drama itu juga boleh ditonton secara striming melalui aplikasi IQIYI secara percuma.
BACA : Cara Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Secara Online Dan Percuma Melalui Aplikasi IQIYI
Sumber ini hanya diperoleh menerusi tontonan di TV3 dan tidak termasuk view daripada Youtube sebelum ini dan juga aplikasi IQIYI. Jika ditambah, pastinya jumlah itu lebih tinggi jika melihat jumlah views yang dipaparkan di Youtube Drama Sangat sebelum ini.
Dengan kejayaan yang dicapai oleh pihak produksi, ini membuktikan penonton lebih meminati drama kekeluargaan yang mampu membawa kesedaran berbanding genre cinta fantasi. Anda boleh dapat pelbagai mesej yang ingin disampaikan di dalam dram ini menerusi barisan pelakon handalan yang memberikan drama ini lebih bermakna.